Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani masalah banjir kilat di kawasan-kawasan yang dikenal pasti

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntu­kkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanak­an projek tebatan banjir di dua bahagian negeri ini, iaitu masingmasi­ng di Kuching dan Sibu bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan-kawasan yang dikenal pasti.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelantikan syarikat untuk melaksanak­an projek berkenaan juga sudah dibuat, di mana ia hanya menunggu untuk dilancarka­n dalam masa terdekat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Jumlah siling yang diluluskan untuk Kuching ialah RM150 juta dan Sibu RM100 juta, di mana masa pelancaran­nya akan saya bincangkan dengan perdana menteri dan ketua menteri... kalau perdana menteri nak lancarkan di Kuching maka ketua menteri lancarkan di Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Datuk Seri Wan Junaidi di Kampung Tabuan Lot di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Wan Junaidi berkata pelaksanaa­n projek tebatan banjir di Sibu kali ini adalah pada fasa ketiga dengan menumpukan kepada kawasan Bumiputera.

“Di Sibu, kos keseluruha­n projek tebatan banjir adalah sebanyak RM890 juta di mana setakat ini, kita sudah melaksanak­an projek bernilai RM300 juta dan akan memohon peruntukan untuk fasa keempat dilaksanak­an pada tahun depan,” katanya.

Di Kuching pula, beliau berkata pelaksanaa­n projek akan membabitka­n kawasan yang telah dikenal pasti mengalami banjir kilat iaitu Batu Lintang, Stakan, Tabuan Melayu, Sungai Bedil, Gersik termasuk Hospital Umum Sarawak dan beberapa perumahan persekutua­n.

Beliau turut memberi jaminan bahawa semua projek di kedua- dua bahagian akan

Jumlah siling yang diluluskan untuk Kuching ialah RM150 juta dan Sibu RM100 juta, di mana masa pelancaran­nya akan saya bincangkan dengan perdana menteri dan ketua menteri...kalau perdana menteri nak lancarkan di Kuching maka ketua menteri lancarkan di Sibu. Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

dilaksanak­an oleh kontraktor dari Sarawak.

Sempena majlis itu, Wan Junaidi turut mengumumka­n sumbangan sebanyak RM100,000 untuk menyelengg­ara serta menaik taraf dewan masyarakat Kampung Tabuan Lot yang menggunaka­n namanya itu.

 ??  ?? SIMBOLIK: Wan Junaidi menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Dewan Serba Guna Datuk Seri Wan Junaidi Kampung Tabuan Lot semalam.
SIMBOLIK: Wan Junaidi menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Dewan Serba Guna Datuk Seri Wan Junaidi Kampung Tabuan Lot semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia