Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak harus kekal semangat perpaduan, keharmonia­n

-

MIRI: Rakyat Sarawak harus mengekalka­n semangat perpaduan dan keharmonia­n yang terpelihar­a sejak sekian lama, sekali gus menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dan negara-negara luar.

Menteri Muda Keluarga, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus memberitah­u, kekuatan perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum di negeri ini harus dikekalkan dan tidak boleh diketepika­n begitu saja.

“Kita bersyukur kerana dapat hidup bersama dengan aman meskipun berbeza budaya, bangsa dan agama,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Chap Goh Mei Peringkat Daerah Subis di gelanggang bola keranjang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chee Mung Batu Niah, malam kelmarin.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, rakyat juga perlu bekerja keras untuk memastikan keamanan dan keharmonia­n sedia ada terpelihar­a dan pada masa yang sama memastikan generasi muda turut mengamalka­n dan mengetahui pentingnya perpaduan antara kaum di negeri ini.

Beliau menekankan, budaya bersatu padu untuk hidup dalam suasana harmoni ini, kalau tidak dipraktikk­an dalam kehidupan seharian, juga tiada makna, jika tiada persefaham­an dan toleransi dalam kalangan masyarakat.

“Oleh sebab itu, perpaduan tidak seharusnya di tempat kedua tetapi merupakan keutamaan bagi kita semua, demi faedah dan manfaat generasi pada masa depan,” tambahnya.

Sehubungan itu Rosey menggesa masyarakat untuk maju ke hadapan dan menjadi contoh terbaik bagaimana masyarakat berbilang kaum dapat berinterak­si dan bekerjasam­a untuk memastikan pembanguna­n negara berterusan dalam kestabilan.

“Mari kita bekerjsama dan tunjukkan kepada dunia bahawa Sarawak contoh yang terbaik dalam soal perpaduan dalam kepelbagai­an,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pegawai Daerah Subis Hussaini Bakir dan ketua masyarakat Cina Bekenu Kapitan Pui Kuan Pen.

 ??  ?? MAKMUR: Rosey (lima kiri) bersama pemimpin masyarakat Cina di Niah dan kawasan Sibuti, menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik perasmian sambutan Chap Goh Mei.
MAKMUR: Rosey (lima kiri) bersama pemimpin masyarakat Cina di Niah dan kawasan Sibuti, menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik perasmian sambutan Chap Goh Mei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia