Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK jangan hanya berpeluk tubuh, kata Harden

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menyeru Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di negeri ini agar memainkan peranan sewajarnya dalam memantau masalah yang dihadapi anak-anak buah mereka.

Menurutnya, peranan sesebuah JKKK itu bukan setakat memimpin malah perlulah aktif memajukan kampung masing-masing.

“Saya tidak mahu JKKK di kawasan saya hanya berpeluk tubuh, dengan hanya nama sahaja tanpa melakukan sebarang perubahan dan pembanguna­n di kampung masing-masing.

“Kalaulah kampung mahupun rumah panjang kita sentiasa membangun dan berubah mengikut peredaran masa, ini menunjukka­n JKKK di kampung mahupun rumah terbabit sentiasa bergerak aktif,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Bahagian Sri Aman di Rumah Grain Kom, San Munggur dekat sini, semalam.

Bercakap lanjut, Harden berkata selain memikirkan untuk membangunk­an kampung, JKKK juga harus menceriaka­n suasana melalui aktiviti gotong-royong agar kampung atau rumah panjang sentiasa bersih.

Dalam pada itu, Harden turut menekankan tentang sokongan rakyat yang berterusan kepada kerajaan amat diperlukan dan penting kerana ia mampu merancakka­n lagi agenda pembanguna­n di negeri ini, seterusnya menjamin kestabilan politik.

“Rakyat harus bersyukur dengan nikmat pembanguna­n yang telah dan sedang dirancang dan ia akan dilaksanak­an kerajaan secara berperingk­at- peringkat,” jelasnya.

Beliau turut menyaranka­n pertubuhan JKKK dan Biro Wanita proaktif menjalanka­n aktiviti yang memberi manfaat kepada penghuni taman seiring dengan kehendak kerajaan yang mahukan semua rakyat mengecapi kemajuan.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman Josipah Sabas, Pegawai Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Tommy Laman, Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman Wong Ngu Hua, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman Willy James, Pegawai Kanan Bomba I Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Bangga Baie, Pegawai Kanan Bomba II Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar, Pemanca Michael John Sanggup serta ketua masyarakat.

Pada majlis berkenaan, Harden mengumumka­n peruntukan RM5,000 kepada JKKK Rumah Grain Kom manakala RM3,000 kepada Biro Wanita untuk pelaksanaa­n aktiviti sepanjang tahun mereka.

Dalam pada itu, majlis dimeriahka­n dengan pameran oleh agensi agensi kerajaan, pertanding­an mewarna untuk kanakkanak dan pertanding­an poco-poco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia