Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Sadong Jaya pertama buka bilik gerakan pilihan raya

-

SADONG JAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sadong Jaya menjadi kawasan pertama membuka bilik gerakan pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pembukaan bilik gerakan itu melibatkan semua sayap meliputi Bapa, Pemuda dan Wanita PBB DUN Sadong Jaya.

Ia menunjukka­n jentera Barisan Nasional ( BN) di kawasan itu sudah siap sedia sepenuhnya menghadapi PRU14 dan hanya menunggu gendang dibunyikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan bilik gerakan itu juga sebagai usaha memastikan kemenangan besar BN yang diwakili PBB di kawasan itu.

“Tahniah PBB Sadong Jaya kerana menjadi kawasan DUN pertama di Sarawak yang membuka Bilik Gerakan Pilihan Raya untuk PRU14 ini.

“Ini menunjukka­n Pergerakan Induk (bapa), Pemuda dan Wanita PBB Sadong Jaya bersiap sedia untuk memastikan PBB beroleh kemenangan besar pada PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n Bilik Gerakan Pilihan Raya PBB Sadong Jaya di sini kelmarin.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, pembukaan bilik gerakan itu memudahkan lagi gerak kerja persiapan jentara parti di kawasan itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo memberitah­u, jentera BN terutamany­a PBB Sadong Jaya sudah bersiap sedia menghadapi PRU14.

“Kita hanya menunggu gendang dibunyikan sahaja, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pembubaran Dewan Parlimen, kita sudah siap sedia sepenuhnya,” tegasnya.

Malah, beliau memberitah­u penduduk di kawasan itu turut berharap agar Ahli Parlimen Batang Sadong sedia ada dikekalkan pada PRU14 ini.

Jelasnya, ia ekoran pencapaian cemerlang Nancy dalam memajukan dan membangunk­an kawasan tersebut bersama tiga wakil rakyat di peringkat DUN.

Tambahnya, beliau amat disenangi rakyat di kawasan itu selain kerap turun padang melihat dan membantu mereka yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia