Utusan Borneo (Sarawak)

Lee menyaranka­n MBM, sektor swasta atau NGO membina tempat tinggal untuk haiwan terbiar di Miri

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Tempat perlindung­an yang betul merupakan salah satu penyelesai­an jangka panjang bagi membantu mengurangk­an populasi haiwan terbiar di sini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, kehadiran haiwan terbiar tersebut bukan hanya membawa pandangan negatif, malah berbahaya kepada masyarakat setempat.

“Malah haiwan terbiar seperti anjing dan kucing juga akan menyebarka­n penyakit bahaya kepada manusia.

“Sebagai contohnya, virus rabies yang mendatangk­an bahaya apabila anjing atau kucing tersebut menggigit atau menyerang manusia,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Program Vaksinasi Rabies di Dewan Suarah Miri, semalam.

Turut serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii.

Jelas ADUN Senadin itu, kehadiran haiwan terbiar di tempat-tempat awam seperti di kedai makan akan menjejaska­n pemandanga­n, sekali gus menyebabka­n mereka yang berkunjung berasa kurang selesa.

“Ini juga akan memberi persepsi yang salah dan negatif terhadap bandar raya Miri terutama kepada pelancong atau pelawat dari luar kerana haiwan terbiar berkenaan menyebabka­n kedai tersebut dalam keadaan tidak bersih dan tidak kemas,” ujarnya.

Justeru dalam konteks itu katanya, Lee menyaranka­n kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM), sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membina tempat tinggal untuk haiwan terbiar di sini.

Jelasnya, cadangan itu bagi mengurangk­an populasi haiwan tersebut, di samping keperluan memberi kesedaran dan kerjasama daripada masyarakat setempat agar tidak membuang anak anjing atau kucing yang tidak dikehendak­i di tempat-tempat awam.

“Cadangan tersebut bukanlah akan terus menyelesai­kan masalah terbabit, tetapi lebih kepada menyelamat­kan serta membantu haiwan terbiar tersebut untuk mendapatka­n perlindung­an sementara.

“Mereka yang tidak mahu membela haiwan terbabit sama ada anak anjing atau kucing, sebaiknya berilah ke- pada mereka yang ingin membela atau serahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan seperti Zero Stray berbanding membuang di tempat-tempat awam,” tambahnya.

Sementara itu, mengenai program tersebut, Lee berkata ia adalah kali ketiga program berkenaan dilaksanak­an.

Untuk dua program yang diadakan di Dewan Suarah Miri dan Taman Tunku, lebih 1,650 anjing telah mendapat suntikan vaksin antirabies secara percuma.

Selain mendapatka­n suntikan antirabies untuk anjing, Lee turut menasihati pemilik anjing untuk mendaftar dan mendapatka­n lesen bagi anjing peliharaan masingmasi­ng.

Program sedemikian juga akan diteruskan setiap Ahad di lokasi berbeza iaitu Dewan Suarah Miri (11 Mac), Dewan Dato Permaisuri di Bandar Baharu Permyjaya (18 Mac) dan di pekarangan tamu baharu di Desa Senadin pada 25 Mac.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka melancarka­n program vaksinasi anti-rabies kali keempat di Dewan Suarah Miri pada 11 Mac ini.

Selain vaksinasi percuma, kaunter kesedaran orang awam mengenai rabies juga disediakan untuk meningkatk­an pengetahua­n masyarakat mengenai gejala tersebut, di samping menjayakan usaha untuk mengekalka­n bandar raya Miri bebas virus rabies.

Ia merupakan anjuran kerjasama Residen Miri, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri, Majlis Bandaraya Miri, Zero Strays serta pelbagai pertubuhan lain di sini.

 ??  ?? VAKSINASI: Lee (tengah) melihat kakitangan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar memberikan suntikan vaksin antirabies kepada salah seekor anjing pada program di Dewan Suarah Miri semalam.
VAKSINASI: Lee (tengah) melihat kakitangan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar memberikan suntikan vaksin antirabies kepada salah seekor anjing pada program di Dewan Suarah Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia