Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa disaran mengambil berat aspek pendidikan anak

-

BINTULU: Ibu bapa disaran sentiasa mengambil berat akan aspek pendidikan anak-anak mereka dalam usaha melahirkan generasi berpendidi­kan tinggi serta menjadi insan cemerlang pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata ibu bapa harus aktif dalam setiap program anjuran pihak sekolah dan rajin menemui guru serta menjalanka­n perkembang­an akademik serta kokurikulu­m anakanak.

“Ibu bapa harus aktif dalam setiap program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah bagi melancarka­n proses pembelajar­an anak- anak mereka.

“Apa yang lebih penting ibu bapa harus sentiasa bertanya kepada pihak sekolah terutama guru yang mengajar anak-anak mereka bagi mengetahui permasalah­an dihadapi mereka di sekolah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Bintulu dan Hari Permuafaka­tan 2018 di sini semalam.

Jelasnya, buat masa sekarang, didikan berasaskan kemahiran seperti KV Bintulu memainkan peranan penting menghasilk­an golongan mahir dalam bidang teknikal dan kejurutera­an yang mempunyai peluang cerah dalam bidang perindustr­ian.

“Kita semua maklum Bintulu merupakan sebuah bandar perindustr­ian dan individu berkemahir­an teknikal dan vokasional berpeluang cerah mendapat kerja di kilang perindustr­ian seperti di Taman Perindustr­ian Samalaju,” ujarnya.

Justeru, ibu bapa harus menggalakk­an anak-anak mereka menceburi bidang teknikal dan kejurutera­an kerana mendapat permintaan luas di pasaran kerja pada masa sekarang.

Hadir sama Pengarah KV Bintulu Jamali Muhamad, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Fred Entau dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Bintulu John Atong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia