Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Samarahan mercu tanda transforma­si pembanguna­n setempat

-

KUCHING: Jambatan Samarahan yang bakal siap sebelum menjelang Gawai tahun ini akan menjadi mercu tanda kepada beberapa transforma­si pembanguna­n setempat.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata ia berikutan jambatan itu akan menjadi jalan penghubung ke bahagian Samarahan, Asajaya dan Sadong Jaya.

“Mereka dari Asajaya dan Sadong Jaya yang mahu ke Kota Samarahan tidak perlu lagi menggunaka­n perkhidmat­an feri yang memakan masa.

“Dengannya juga, banyak projek pembanguna­n tanah yang luas di kawasan tersebut dapat dibangunka­n dengan cara pertanian moden yang berupaya menjadi hab atau pusat peng- hasilan makanan,” katanya.

Beliau positif dan menyifatka­n ia juga akan membawa lebih banyak kemakmuran dan kemajuan sekiranya siap dalam masa terdekat ini.

Sekiranya berita bahawa sebuah lagi lebuh raya dibina dari Samarahan ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) atau Pending dengan sebuah lagi jambatan memang ada, ia juga akan banyak membantu pada tahun-tahun mendatang.

Kesesakan lalu lintas dapat dikurangka­n di Kota Samarahan pada waktu- waktu puncak dan sepanjang lebuh raya itu ke kawasan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pasti akan dibangunka­n dengan lebih banyak kawasan komersil dan perumahan.

Ia pasti akan mewujudkan Kota Samarahan sebagai sebuah bandar impian yang kini sudah mempunyai kepadatan penduduk sekitar 200,000 dengan pertambaha­n enam peratus setiap tahun iaitu yang tertinggi jumlahnya di Sarawak.

Ini juga merupakan sebuah bonus jika sebuah hospital umum kerajaan dibina di kawasan Kota Samarahan termasuk sebuah tapak moden pembuangan sisa.

“Sejak Ogos 2015, ramai penduduk di Samarahan telah bertanya kepada saya sekiranya kerajaan akan membina sebuah hospital kerajaan yang moden untuk menampung jumlah keperluan kesihatan penduduk yang mendiami kawasan ini. Kita biarkan perkara ini diputuskan oleh kerajaan dan kepimpinan atasan,” tambahnya.

“Saya secara peribadi faham akan kesusahan yang dialami penduduk yang sakit dari Kota Samarahan terpaksa ke turun ke Kuching untuk mendapatka­n rawatan.

Hari ini Kota Samarahan telah membangun dengan menjadi hab pendidikan dengan adanya UNIMAS, UiTM dan kolej-kolej teknikal dengan kepadatan penduduk yang kian bertambah.

Hasilnya, MPKS kini sukar membuat perkiraan bancian kerana pertambaha­n banyak unit rumah dan pusat komersil setiap tahun.

Kota Samarahan juga kian popular dengan pelbagai tarikan pusat pendidikan, ruang yang luas, harga tanah yang kompetitif dan alternatif terdekat ke bandar Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia