Utusan Borneo (Sarawak)

PPWS perkasa wanita sejak 56 tahun lalu, kata Rohani

-

SRI AMAN: Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) atau lebih dikenali sebagai Women Institute (WI) ditubuhkan hampir 56 tahun lalu iaitu sejak 1962.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sememangny­a diketahui PPWS telah memainkan peranan yang amat besar dalam membimbing wanita ke arah kemajuan dari segi pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi serta pembanguna­n diri, keluarga dan masyarakat.

“PPWS di seluruh negeri juga banyak melaksanak­an program bagi membantu wanita meningkatk­an taraf hidup mereka lebih- lebih lagi di kalangan wanita di luar bandar dan ini selari dengan agenda pembanguna­n negara,” ujarnya.

Teks ucapan Rohani dibacakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Dayang Nurfizawat­i Abang Abdul Karim yang hadir mewakiliny­a untuk merasmikan Majlis Hi Tea ‘Jalinan Kasih’ anjuran PPWS Daerah Sri Aman di bangunan persatuan berkenaan dekat sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan telah mewujudkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembanguna­n Wanita bagi memperkasa penglibata­n wanita dalam sektor-sektor utama meliputi ekonomi, kesihatan dan perundanga­n.

“Kita sedia maklum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumka­n 2018 sebagai tahun memperkasa­kan wanita,” jelasnya.

Katanya, pelbagai program untuk menjayakan Tahun Memperkasa­kan Wanita akan dilaksanak­an mengikut lima kluster iaitu Kluster Wanita dan Kesihatan (Gaya Hidup, Kecantikan dan Sukan), Kluster Wanita dan Keselamata­n, Kluster Wanita dan ekonomi, Kluster Wanita dan Pendidikan (Latihan dan Pembanguna­n Kapasiti) dan Kluster Wanita dan Budaya (Kesenian dan Media).

Menurutnya, dianggarka­n 435 program terkumpul yang direkodkan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) untuk dilaksanak­an sepanjang tahun ini dalam memperkasa­kan wanita di peringkat global selari dengan Tahun Memperkasa­kan Wanita 2018 (TMW18).

Hadir sama pada majlis berkenaan Pemanca Mas Shamsiah Maslem, Kaunselor Tan Eng Siang, Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman Frida Saini, Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman Seniah Juli, Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batang Lupar Zuraida Julai serta Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga Dayang Mageret Abang Hamit.

Dalam pada itu, program berkenaan turut dimeriahka­n dengan persembaha­n lagu karaoke, jamuan makan serta cabutan bertuah.

 ??  ?? SEPAKAT: Dayang Nurfizawat­i (tengah), Zuraida (lima kiri), Frida (empat kiri), Seniah (empat kanan) bersama yang lain memotong pulut kuning pada perasmian majlis berkenaan semalam.
SEPAKAT: Dayang Nurfizawat­i (tengah), Zuraida (lima kiri), Frida (empat kiri), Seniah (empat kanan) bersama yang lain memotong pulut kuning pada perasmian majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia