Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran kerja sentiasa dibuka setiap tahun kerana lebih kurang 35,000 akan bersara

-

BALIK PULAU: Kerajaan sedia ada tidak berhasrat mengecilka­n saiz penjawat awam di negara ini dan tawaran kerja dalam sektor itu sentiasa dibuka setiap tahun, kata Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Beliau juga berkata isu penguranga­n bilangan penjawat awam itu tidak pernah ditimbulka­n oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setiap tahun kita buka tawaran kerja kepada perkhidmat­an awam, kita jangkakan setiap tahun lebih kurang 35,000 yang akan bersara sama ada pencen wajib, bersara atas kesihatan dan bersara awal.

“Maka kerajaan akan mengambil jumlah pekerja sama atas keperluan yang sama. Jadi tidak timbul soal-soal yang menyatakan jawatan perkhidmat­an itu dibekukan, tidak timbul sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan membaiki rumah tiga penjawat awam di Pondok Upeh, di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada kerajaan semasa berhasrat mengecilka­n saiz sektor awam di negara ini

Maka kerajaan akan mengambil jumlah pekerja sama atas keperluan yang sama. Jadi tidak timbul soal-soal yang menyatakan jawatan perkhidmat­an itu dibekukan, tidak timbul sama sekali. Tan Sri Zainal Rahim Seman Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam

seperti yang ingin dilakukan oleh pembangkan­g sekiranya mereka meneraju negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu katanya rakyat yang mempunyai kelayakan boleh memohon kepada Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam untuk menyertai sektor awam negara ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata kerajaan juga menimbang mewujudkan jawatan- jawatan penting bagi menangani cabaran masa depan termasuk Revolusi Industri 4.0.

Berhubung program membaiki rumah tersebut, beliau berkata program dengan kerjasama Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pejabat daerah itu bertujuan meninjau masalah yang dihadapi penduduk setempat dengan lebih dekat.

“Hari ini kita datang melihat beberapa buah rumah anggota perkhidmat­an awam yang mempunyai masalah seperti atap dan bumbung rosak dengan bantuan antara RM10,000 dan RM20,000 diberi mengikut keperluan.

“Selain itu kita juga akan menziarahi anggota perkidmata­n yang sakit dan menghulurk­an bantuan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Zainal melihat gambar rumah Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya Nur Fattharani Shaik Mohamed Farouk yang dibaik pulih pada lawatan beliau ke Parlimen Balik Pulau semalam. Turut hadir Dr Muhammad Farid (kiri) dan Farizan (dua...
— Gambar Bernama TINJAU: Zainal melihat gambar rumah Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya Nur Fattharani Shaik Mohamed Farouk yang dibaik pulih pada lawatan beliau ke Parlimen Balik Pulau semalam. Turut hadir Dr Muhammad Farid (kiri) dan Farizan (dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia