Utusan Borneo (Sarawak)

Accuhaler Seretide di pasaran Malaysia selamat

-

KUALA LUMPUR: Penarikan balik produk Accuhaler Ventolin dan Seretide yang digunakan dalam rawatan pesakit asma dari pasaran tidak melibatkan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebaliknya, beliau berkata penarikan balik produk tersebut hanya melibatkan sebilangan kelompok pasaran di United Kingdom (UK).

“Semakan juga mendapati pada masa ini hanya produk Accuhaler Seretide sahaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ( PBKD) dengan nombor pendaftara­n MAL2000153­2ARZ manakala produk Accuhaler Ventolin tidak berdaftar dengan PBKD.

“Selain itu, produk Accuhaler Seretide di Malaysia dikilangka­n di Amerika Syarikat manakala produk yang terlibat dengan tarik balik di pasaran UK adalah kelompok produk yang dikilangka­n di UK sendiri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian susulan artikel yang disiarkan laman portal berita bertajuk ‘ Pesakit Asma, pastikan anda guna inhaler yang betul!’ pada 23 Februari lepas mengenai penarikan balik produk Accuhaler Ventolin dan Seretide di pasaran UK.

Sehubungan itu, katanya produk Accuhaler Seretide di pasaran Malaysia adalah selamat, berkualiti serta berkesan dan pesakit tidak perlu khuatir menggunaka­n produk tersebut.

“Kementeria­n Kesihatan sentiasa mengambil berat kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an produk farmaseuti­kal sebelum produk tersebut diluluskan untuk pendaftara­n. Pengawasan mutu produk farmaseuti­kal yang berdaftar di pasaran turut dilakukan bagi memastikan produk tersebut benarbenar selamat,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh menyemak status pendaftara­n produk di laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.moh. gov.my atau menghubung­i pihak NPRA di talian 0378835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.

Beliau berkata semua produk yang berdaftar di Malaysia turut dilabelkan dengan nombor pendaftara­n dan dilengkapi label hologram.

Sekiranya ketulenan hologram diragui, orang awam juga boleh mengesahka­n kesahihann­ya melalui aplikasi MediTag Checker yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play telefon pintar masing-masing, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia