Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan pelajar maut terkena bilah mesin rumput diumum bulan ini

-

NILAI: Hasil siasatan kes seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput bulan lepas akan diumumkan dalam tempoh dua minggu ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya juga akan mengumumka­n tindakan seterusnya yang akan diambil berdasarka­n siasatan polis dan laporan jawatankua­sa khas siasatan dalaman yang dipengerus­ikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali.

“Sekarang siasatan sudah siap, nanti kita kumpul semua dan akan umumkan dalam seminggu dua ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Budayakan Gaya Hidup Sihat Lestari di Bukit Melati anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kemu- dahan Awam, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Abu Ubaidah Redza dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi pada 13 Februari lepas, pelajar tingkatan dua Nur Afini Roslan, 14, maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanti­ng mengenai kepalanya manakala dua pelajar lelaki mengalami kecederaan.

Sementara itu, Chong berkata ibu bapa perlu menggalakk­an anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti luar kelas seperti sukan lasak dan sebagainya bagi meningkatk­an kesihatan mereka.

“Jangan jaga anak kita seperti berlian, tak boleh keluar, tak boleh kena air ataupun hujan, lumpur. Itu akan menjadikan anak-anak lemah dan mudah kena sakit,” katanya.

Seramai 700 orang termasuk pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, menyertai program itu yang bermula jam 7 pagi semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia