Utusan Borneo (Sarawak)

Isu utama dibangkit pada dialog Pemimpin Bersama Rakyat Komuniti Kampung Bahagia Jaya Teku

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Rata-rata penduduk Kampung Bahagia Jaya Teku di sini menaruh harapan tinggi untuk memiliki sebidang tanah bagi menyediaka­n kediaman selesa untuk ahli keluarga mereka.

Semasa sesi dialog Pemimpin Bersama Rakyat Komuniti Kampung Bahagia Jaya Teku semalam, isu utama dibangkitk­an ialah mengenai pemilikan tanah di kampung tersebut.

Walaupun ia bukanlah isu baharu, tetapi rata-rata penduduk hadir pada sesi dialog tersebut mengharapk­an satu jalan penyelesai­an yang menggembir­akan daripada kerajaan.

Salah seorang penduduk kampung, Mohayah Idris berkata beliau bertahun-tahun membuat permohonan memiliki tanah di kampung tersebut.

Katanya, pada masa ini beliau tinggal bersama 10 adik beradiknya yang sudah berkeluarg­a dalam sebuah rumah.

“Sudah banyak kali saya turun naik pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu dalam usaha mendapatka­n sebidang tanah.

“Jadi, pada sesi dialog ini saya mohon agar permohonan kali ini dipertimba­ngkan oleh kerajaan kerana saya mahu memberi keselesaan kepada lima anak saya,” katanya.

Hadir berdialog bersama penduduk kampung ialah Pegawai Tadbir Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu Awang Mohd Indera Putera Awang Adnan dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sibu Zulkarnain Ismail.

Sementara itu, Mordiah Ali, 55, mencadangk­an supaya tanah terbiar di Kampung Bahagia Jaya Teku diberi kepada mereka yang lebih memerlukan di kam- pung tersebut.

“Bagi lot tanah terbiar di kampung ini ditarik balik oleh Jabatan Tanah, saya cadangkan agar diberikan kepada rumah yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai,” katanya.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong mewakili Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee.

Sudah banyak kali saya turun naik pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu dalam usaha mendapatka­n

tanah.” sebidang Mohayah Idris Penduduk

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Ahmad Lai (empat kiri) melakukan simbolik perasmian sambil disaksikan tetamu kenamaan lain pada Majlis Makan Malam Amal SMK Agama malam kelmarin.
BERI SOKONGAN: Ahmad Lai (empat kiri) melakukan simbolik perasmian sambil disaksikan tetamu kenamaan lain pada Majlis Makan Malam Amal SMK Agama malam kelmarin.
 ??  ?? DIALOG: Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku Zaidil Arip (kiri) menyampaik­an maklumat permohonan tanah kepada Mohd Indera sambil disaksikan Romeo (dua kanan), Penghulu Kampung Bahagia Jaya Teku Ikhram Kassim (dua kiri) semalam.
DIALOG: Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku Zaidil Arip (kiri) menyampaik­an maklumat permohonan tanah kepada Mohd Indera sambil disaksikan Romeo (dua kanan), Penghulu Kampung Bahagia Jaya Teku Ikhram Kassim (dua kiri) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia