Utusan Borneo (Sarawak)

MOSHPS akan bekerjasam­a dengan MBM tingkat keselamata­n awam di Miri

-

MIRI: Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja Miri (MOSHPS) akan bekerjasam­a dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk meningkatk­an keselamata­n awam dalam semua aspek di bandar raya ini.

Pengerusin­ya Dr Julian Jolly berkata usaha itu penting untuk memupuk masyarakat menjadikan keselamata­n sebagai budaya atau amalan dalam kehidupan masingmasi­ng.

“Masyarakat kita sedia maklum mengenai pentingnya keselamata­n dan kesihatan dalam pekerjaan, namun komitmen untuk menjadikan­nya sebagai budaya atau amalan seharian adalah sangat rendah.

“Oleh itu, MOSHPS mahu memainkan peranan yang bukan hanya untuk meningkatk­an kesedaran keselamata­n, tetapi membudayak­an masyarakat agar mengamalka­n keselamata­n tersebut,” ujarnya kepada Utusan Borneo ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar MBM Adam Yii di sini, Khamis lalu.

Jelas Dr Julian, isu keselamata­n bukan sahaja menjadi perhatian di tempat kerja, namun turut perlu dijadikan keutamaan di tempat-tempat awam seperti kawasan perumahan, taman rekreasi, jabatan kerajaan, pusat belibelah, institusi pendidikan dan lain-lain.

Terdahulu, Dr Julian memberi penerangan kepada Adam mengenai program yang dicadangka­n oleh masyarakat mengenai kursus keselamata­n untuk kontraktor am di Miri.

Jelasnya kepada Yii, antara matlamat program itu adalah untuk meningkatk­an kesedaran kesemua pihak kontraktor berdaftar di Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Bahagian Miri atas akauntabil­iti dan kesedaran mereka mengenai keselamata­n secara umum serta keselamata­n awam.

Katanya kontraktor MBM yang telah diamanahka­n untuk menyediaka­n perkhidmat­an di sini juga menjadi sasaran MOSHPS bagi meny- ertai kursus yang dicadangka­n terbabit.

Sementara itu, Yii memberi maklum balas positif kepada usaha tersebut dalam mempromosi­kan dan meningkatk­an kesedaran keselamata­n sekali gus menjadikan­nya sebagai budaya seharian.

Yii mengakui bahawa kurangnya kesedaran tentang keselamata­n awam di pelbagai tempat awan di Miri.

Oleh itu katanya, beliau sememangny­a mengalu-alukan masyarakat untuk memberi penekanan terhadap kepentinga­n rakyat dalam bersama mewujudkan tahap keselamata­n yang tinggi di tempat-tempat awam.

Tambah Yii, MBM akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada MOSHPS untuk meningkatk­an aspek keselamata­n awam di sini.

Sehubungan itu, MOSHPS turut memberi cadangan untuk bekerjasam­a dengan MBM dalam aspek keselamata­n makanan dan meningkatk­an kebersihan dalam penyediaan makanan.

 ??  ?? UNTUK KESELAMATA­N: Dr Julian (tiga kanan) menyampaik­an dokumen cadangan mengenai program kursus keselamata­n kepada Yii, sambil disaksikan ahli jawatankua­sa MOSHPS yang lain, di pejabat Yii Khamis lalu.
UNTUK KESELAMATA­N: Dr Julian (tiga kanan) menyampaik­an dokumen cadangan mengenai program kursus keselamata­n kepada Yii, sambil disaksikan ahli jawatankua­sa MOSHPS yang lain, di pejabat Yii Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia