Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Agama Miri berjaya mengumpul dana RM35,000

-

MIRI: Majlis Makan Malam Amal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri malam kelmarin berjaya mengumpul dana RM35,000.

Sumbangan masing-masing RM10,000 diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ahli Hasan dan Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat turut mengumumka­n dana RM10,000, sementara Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaaa Datuk Lee Kim pula RM5,000.

Pada majlis sama, Ripin turut menyampaik­an cek berjumlah RM200,000 untuk Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) SMK Agama.

Majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu bertujuan mengumpul dana untuk menaik taraf kemudahan sekolah bagi kegunaan guru dan pelajar.

Berucap mewakili Awang Tengah, Ahmad Lai berkata masyarakat disaran memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan program untuk manfaat pelajar.

“Apa yang penting kita mahu pelajar mencapai kejayaan dalam akademik dan sukan, di mana ini boleh dicapai jika mereka belajar dalam keadaan yang selesa dan lengkap,” katanya.

Ahmad Lai menambah kata, pelajar sekarang adalah barisan pemimpin masa depan yang perlu diberi perhatian dan pendidikan yang sempurna.

“Adalah menjadi peranan ibu bapa dan guru untuk bersama-sama menggemble­ng tenaga membentuk pelajar agar berjaya dalam apa jua bidang,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PIBG SMK Agama Miri Marini Juraibi berkata, dana tersebut akan digunakan untuk menaik taraf makmal, lantai dan tabung kebajikan pelajar.

“Kita sentiasa mengalualu­kan sumbangan daripada pihak luar terutama ibu bapa, bekas pelajar dan syarikat korporat untuk menyumbang dana, wakaf dan sebagainya,” jelasnya.

Sumbagan terbabit menurut Marini, penting bagi membantu pihak sekolah menjalanka­n aktiviti-aktiviti kebajikan yang memfokus kepada pembinaan sahsiah dan jati diri murid.

Pada masa sama majlis itu katanya, dapat mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan bekas pelajar, ibu bapa dan guru.

Hadir sama Residen Miri Sherrina Husaini, Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohd, Temenggung Abdul Rahman Fadzil dan Pengetua Ahmad Fauzi Yakub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia