Utusan Borneo (Sarawak)

Kren pelancar galang tumbang: Seorang maut, dua selamat

Insiden berlaku dalam kawasan ruang kerja, tidak jejas tempat awam

-

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja maut manakala dua lagi selamat apabila kren pelancar galang dipercayai tumbang di tapak pembinaan MRT, di Jalan Jinjang, di sini, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata kejadian yang berlaku kira- kira jam 11.40 malam itu mengakibat­kan seorang pekerja meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Firdaus Abdul Mutalib, 41, telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Firdaus Abdul Mutalib, 41, telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohamed Rafiq berkata mangsa yang cedera di bahagian kaki dikenali sebagai Zulhilmi dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Sementara itu, MMC Gamuda KVMRT ( PDP SSP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) dalam satu kenyataan berkata tiada orang awam cedera dalam insiden itu, yang berlaku sepenuhnya dalam kawasan ruang kerja dan tidak menjejaska­n mana- mana kawasan awam.

Tapak kerja terbabit berada di bawah Pakej Kerja V203 dan kontraktor pakej kerja ( WPC) adalah IJM Constructi­on Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, MMC Gamuda, merupakan rakan penyampai pembinaan MRT Laluan SSP, bersamasam­a pemilik projek Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd, telah mengadakan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian itu.

“Kami ingin menyatakan bahawa penggunaan pelancar galang dalam pembinaan itu mengikut prosedur keselamata­n yang ketat. Bagi yang telah dipasang adalah selamat,” kata kenyataan itu.

Bagaimanap­un, langkah berjaga- jaga, pemeriksaa­n dan prosedur keselamata­n telah dipertingk­atkan pada semua pelancar galang sedia ada bagi projek itu.

“MMC Gamuda, MRT Corp dan semua yang terlibat dalam projek ini menyampaik­an ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Semua sokongan yang diperlukan akan diberikan kepada keluarga mangsa dalam masa sukar ini,” kata kenyataan itu. — Bernama

Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia