Utusan Borneo (Sarawak)

5,500 pegawai dan anggota polis P.Pinang bertugas pada PRU14

-

GEORGE TOWN: Seramai 5,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang bagi mengawal keselamata­n, melancarka­n proses kempen, penamaan calon dan pengundian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata ketika ini semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Pulau Pinang berada pada tahap kesiapsiag­aan yang tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

“Jika keadaan memerlukan penambahan pegawai atau anggota polis saya akan minta dengan Bukit Aman untuk tambah bagi memastikan kelancaran serta keselamata­n di sini terkawal.

“Tapi saya yakin jumlah pegawai dan anggota yang ada di Pulau Pinang itu mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n Latihan Amal Ex-Undi Per PRU14 Siri 2 Fasa 2 Polis Kontijen Pulau Pinang di sini semalam.

Pada latihan itu, turut diadakan simulasi menangani aktiviti rusuhan dalam kalangan penyokong parti bertanding yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya dan ia diadakan di pekarangan Dewan Seri Pinang di sini.

Thaiveegan berkata pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa lokasi panas di negeri itu pada PRU akan datang dan senarai penuh akan disiapkan dalam tempoh seminggu lagi.

Ini merangkumi kawasan panas sedia ada dan kawasan panas baharu yang dikenal pasti, katanya.

Mengulas simulasi semalam, Thaiveegan berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukka­n dan berharap prestasi tersebut dikekalkan pada PRU nanti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI LATIHAN: Pasukan Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) bertindak meleraikan perhimpuna­n haram yang mencetuska­n pergaduhan pada Latih Amal Ex-Undi Per Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Dewan Sri Pinang, George Town, semalam.
— Gambar Bernama SESI LATIHAN: Pasukan Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) bertindak meleraikan perhimpuna­n haram yang mencetuska­n pergaduhan pada Latih Amal Ex-Undi Per Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Dewan Sri Pinang, George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia