Utusan Borneo (Sarawak)

Polis awasi 15 kawasan panas di Pahang sepanjang PRU14

-

KUANTAN: Polis Pahang telah mengenal pasti 15 kawasan panas di seluruh negeri ini yang dijangka akan berlaku kekecohan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata hasil risikan pihaknya juga telah mengesan beberapa kumpulan yang ‘berpotensi’ mampu menimbulka­n kekecohan dan kekacauan sepanjang tempoh itu.

“Kita telah kenal pasti kumpulan dan kawasan panas tersebut berdasarka­n faktor pecahan pengundi serta saingan sengit antara parti yang bertanding, namun saya tidak mahu nyatakan kerana tidak mahu menimbulka­n persepsi negatif dan kerisauan penduduk setempat.

“Polis akan pantau rapi kawasan yang terlibat bermula dari sekarang hingga pembuangan undi untuk memastikan pilihan raya di negeri ini dapat diadakan dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Belliau berkata demikian selepas menyaksika­n Simulasi Ex Undi Per Siri 2 Fasa 2 di Kem Bukit Galing di sini semalam, yang turut dihadiri timbalanny­a Datuk Jamaluddin Abd Majid.

Turut diadakan semalam simulasi menangani kejadian rusuhan berhampira­n Wisma Sri Pahang di sini yang disertai 310 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata polis dengan kerjasama agensi penguatkua­saan lain telah mengadakan 67 eksesais di seluruh Pahang sejak kelmarin, melibatkan pelbagai situsai bermula fasa pembubaran parlimen hinggalah pasca PRU.

“Ini merupakan fasa terakhir dan diharapkan dengan latihan yang diadakan ini, semua anggota dan pegawai polis serta aset PDRM di negeri ini telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 tidak lama lagi.

“Eksesais yang diadakan ini juga dapat menguji sejauh mana keberkesan­an perancan- gan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamata­n dan ketenteram­an awam selain menguji rangkaian komunikasi kita,” katanya.

Menurutnya sepanjang temph PRU14 nanti seramai 6,269 pegawai dan anggota daripada pelbagai cabang PDRM akan bertugas dalam tempoh itu, selain turut dibantu satu pasukan Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan dua Unit Pencegah Rusuhan (PORU). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Rosli (dua kanan) beramah mesra dengan Anggota Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) selepas menyaksika­n Simulasi Ex Undi Per Siri Dua Fasa Dua di Kem Bukit Galing, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Rosli (dua kanan) beramah mesra dengan Anggota Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) selepas menyaksika­n Simulasi Ex Undi Per Siri Dua Fasa Dua di Kem Bukit Galing, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia