Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA sasar RM16 juta jualan My Best Buy 2018

-

KUALA NERANG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA) menyasarka­n hasil jualan menerusi program ‘My Best Buy’ sebanyak RM16 juta dengan penambahan 14 lokasi baharu tahun ini berikutan rekod jualan yang meningkat setiap tahun.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata berdasarka­n jualan tahun lalu, FAMA mencatatka­n jualan terkumpul mencecah RM13.2 juta dengan jumlah kekerapan operasi sebanyak 1,272 kali di 146 lokasi di seluruh negara.

“Dengan sambutan yang menggalakk­an kita akan menambah 14 lagi lokasi dengan kekerapan operasi sebanyak 1,600 kali di seluruh negara dan yakin capai sasaran ini kerana kita mempunyai ramai peserta yang menawarkan barangan pada harga berpatutan antara lima hingga 20 peratus terutama ikan, sayursayur­an dan buah-buahan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Program ‘Jimat Belanja Dapur’ sempena My Best Buy bagi Parlimen Padang Terap di pekarangan Pejabat FAMA, di sini, semalam.

Turut hadir merasmikan program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim bagi mewakili Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan.

My Best Buy merupakan program menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) yang mendapat kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi membantu rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar menangani kesan kenaikan kos sara hidup dengan menawarkan barangan pada harga berpatutan.

Sementara itu, Ahmad berkata untuk tempoh jangka masa panjang, FAMA menggalakk­an para peserta untuk mempelbaga­ikan lagi produk termasukla­h petani agar menjual terus kepada pengguna bagi mendapatka­n harga yang lebih baik berbanding menggunaka­n ‘orang tengah’.

Dengan cara ini, petani tidak lagi terlalu bergantung kepada orang tengah yang mudah mengaut keuntungan daripada petani kerana petani telah mempunyai banyak saluran pemasaran barangan mereka tidak hanya pada satu saluran (orang tengah).

“FAMA juga akan terus menarik lebih banyak agensi yang menyediaka­n perkhidmat­an bergerak ke lokasi program itu supaya orang ramai tidak perlu ke tempat lain untuk membuat bayaran bil- bil mereka dan hanya pergi ke program itu untuk berbuat demikian.

“Hasil NBOS yang kita buat ini mendatangk­an banyak faedah yang tidak memerlukan kos yang besar dalam penganjura­n tetapi memberi impak yang besar kepada rakyat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia