Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk DUN Trong tiada lagi masalah gangguan siaran TV

-

BUKIT GANTANG: Siaran televisyen yang tidak jelas akibat pelbagai gangguan dengan antena Astro yang digunakan penduduk lain tidak lagi menjadi masalah selepas 10 ketua keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong dipilih menerima dekoder Astro Njoi berserta televisyen 32 inci semalam.

Sumbangan menerusi Program Negaraku Menghubung Menyatu (CTU) di Padang Awam Sungai Kerang, Trong, dekat sini semalam diberikan kepada penduduk dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Tinggi, Kelubung dan Sungai Kerang.

Majlis penyampaia­n bantuan itu disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong Datuk Dr Zabry Abd Wahid dan dihadiri Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan Kemente- rian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Mohamad Haidhir Othman.

Seorang penerima, Asmah Mat Ali, 72, berkata dia hanya memiliki sebuah televisyen lama yang tidak berapa jelas gambarnya terutama pada musim hujan.

“Saya gembira apabila dipilih sebagai penerima sebuah dekoder Astro Njoi dan sebuah TV 32 inci. Barulah saya dapat menonton TV dengan jelas, terutama rancangan agama pada TV9 dan TV Al-Hijrah,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di kampung itu.

Bagi Md Junid Othman, 67, pula berkata dia bersyukur menerima bantuan itu kerana tidak mampu untuk membeli sebuah televisyen baharu selain mengharapk­an ehsan daripada anak-anaknya.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan tersebut,” ka- tanya yang tinggal dengan 11 anggota keluarga.

Sementara itu, Mohamad Haidhir ketika berucap berkata menerusi program ini, masyarakat di kawasan pedalaman dapat diperkasak­an dengan akses kepada maklumat asas dan hiburan, penyampaia­n perkhidmat­an serta latihan kemahiran dan peluang penjanaan pendapatan dalam talian.

“Saya percaya, program ini sangat bermakna kerana masih terdapat segelintir masyarakat khususnya di kawasan pedalaman, yang tiada atau terhad akses kepada internet, televisyen dan radio,” katanya.

Program CTU adalah inisiatif kerajaan dalam usaha membolehka­n rakyat di kawasan pedalaman khususnya, dihubungka­n dengan kemudahan perkhidmat­an telekomuni­kasi dan penyiaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Dr Zabry bergambar dengan sebahagian penerima bantuan dekoder Astro Njoi, BRI1M dan zakat pada perasmian Program Negaraku Menghubung Menyatu (CTU) di padang awam Sungai Kerang, Trong semalam. Turut hadir Mohamad Haidhir.
— Gambar Bernama ALBUM: Dr Zabry bergambar dengan sebahagian penerima bantuan dekoder Astro Njoi, BRI1M dan zakat pada perasmian Program Negaraku Menghubung Menyatu (CTU) di padang awam Sungai Kerang, Trong semalam. Turut hadir Mohamad Haidhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia