Utusan Borneo (Sarawak)

MAIWP peruntuk RM3 juta untuk pusat pembedahan katarak

-

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) akan menyerahka­n peruntukan tambahan RM3 juta kepada Pusat Pembedahan Katarak MAIWP- Hospital Selayang hari ini.

Ketua Pengawai Eksekutif MAIWP Datuk Pamuzi Yahya berkata langkah itu diambil sebagai melaksanak­an arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang barubaru ini mengadakan lawatan ke pusat tersebut.

“Kita telah bincang dengan pusat katarak untuk tahu apakah keperluan bagi tambahan RM3 juta itu dan alhamdulil­lah, kita sudah dapat maklumat.

“Esok (hari ini) kita akan bermesyuar­at untuk meluluskan peruntukan tambahan itu dan kita akan salurkan kepada pusat katarak. Kita akan salurkan terus selepas mesyuarat selesai,” katanya selepas hadir majlis pelepasan Kembara Zakat Wilayah Persekutua­n 2018 di sini semalam yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib supaya peruntukan tambahan diberikan bagi membolehka­n pusat itu membeli peralatan canggih untuk meningkatk­an lagi perkhidmat­annya kepada masyarakat khususnya golongan kurang berkemampu­an.

Menerusi program kembara itu, Paimuzi berkata MAIWP turut menyampaik­an replika cek peruntukan bagi 2018 sebanyak RM197.64 juta melalui beberapa bantuan zakat Baitulmal MAIWP.

Katanya ia terdiri daripada Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM86.86 juta, Bantuan Perubatan RM23.84 juta dan RM86.94 juta pula adalah bagi Bantuan Pendidikan.

Beliau berkata program julung kali itu diadakan bagi memperheba­tkan usaha untuk memaklumka­n masyarakat tentang inisiatif yang dilaksanak­an MAIWP dalam mengagihka­n zakat kepada golongan yang memerlukan.

“Kembara ini adalah antara langkah MAIWP untuk mengubah persepsi masyarakat tentang penyaluran zakat,” katanya.

Konvoi yang disertai kenderaan penerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi dan Kelab MAIWP Bikers itu bergerak ke lima kawasan Parlimen iaitu Wangsa Maju, Setiawangs­a, Titiwangsa, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia