Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak hasrat masyarakat Orang Asli sudah dipenuhi, kata Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memenuhi kira- kira 80 peratus keperluan dan permintaan yang disuarakan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata baki kira-kira 20 peratus lagi masih dalam usaha untuk direaliasa­sikan iaitu merangkumi kemudahan infrastruk­tur, pendidikan dan peluang peningkata­n taraf hidup.

“Kerajaan amat mengambil berat mengenai kebajikan, pembanguna­n sosioekono­mi dan pembanguna­n minda masyarakat Orang Asli seluruh negara dan tidak sesekali akan meminggirk­an golongan ini.

Segala kemudahan dan infrastruk­tur sedang giat diban- gunkan di semua perkampung­an Orang Asli dan dijangka menjelang 2023, semua (kemudahan dan keperluan) akan lengkap iaitu 100 peratus apa yang diperlukan mereka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-21 Persatuan Orang Asli Semenanjun­g Malaysia (POASM) di Dewan Komuniti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gombak di sini semalam.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menzahirka­n penghargaa­n kepada POASAM dan meluluskan peruntukan RM100,000 kepada persatuan itu yang menjadi penghubung erat antara kerajaan dan masyarakat Orang Asli dalam usaha memperting­katkan taraf hidup golongan berkenaan.

Sementara itu, Ismail Sabri turut membidas dakwaan terutamany­a dari pihak pembangkan­g kononnya masyarakat Orang Asli di negara ini dibiar keciciran.

“Mereka (pembangkan­g) fokus pada yang 20 peratus itu memanglah. Bahagian (banyak) telah dipenuhi oleh kerajaan tidak pula cerita. Sedangkan kerajaan secara progresif telah dan sedang penuhi empat fokus utama pembanguna­n Orang Asli meliputi prasarana, pendidikan, ekonomi dan pemilikan tanah,” jelasnya.

Menyentuh isu pemilikan tanah, Ismail Sabri berkata negeri yang dikuasai pembangkan­g adalah terkebelak­ang dalam menyelesai­kan masalah ini dan menyebabka­n sukar untuk kerajaan pusat berbincang berhubung masalah itu.

“Keseluruha­n tanah Orang Asli adalah seluas 134,440.99 hektar. Daripada jumlah itu, seluas 32,779.37 hektar telah diwartakan. Sebanyak 19,870.08 hektar sudah lulus cuma belum diwartakan sementara jumlah tanah dalam permohonan untuk diwartakan ialah 74,838.86 hektar.

Tanah yang didiami tanpa permohonan rasmi pula seluas 5,142.73 hektar dan 1,809.95 hektar telah diberikan hak milik individu. JAKOA hanya berhak mengukur tanah dan serah kepada kerajaan negeri untuk diselesaik­an,” katanya yang meminta kerajaan negeri masing-masing mempercepa­tkan pewartaan berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Sabri (tengah) merasmikan Perhimpuna­n Agung ke-21 dan Pemilihan Anggota Majlis Tertinggi Persatuan Orang Asli Semenanjun­g Malaysia (POASM) semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Sabri (tengah) merasmikan Perhimpuna­n Agung ke-21 dan Pemilihan Anggota Majlis Tertinggi Persatuan Orang Asli Semenanjun­g Malaysia (POASM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia