Utusan Borneo (Sarawak)

BN Johor yakin MCA mampu menang semula di beberapa kawasan

-

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor yakin MCA mampu memenangi semula beberapa kawasan yang sebelum ini berada di tangan parti pembangkan­g.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata BN Johor bukan sahaja berkeyakin­an merampas kembali kawasan yang ditawan malah peranan dan sumbangan yang dimainkan MCA juga dilihat mampu menyumbang kepada kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kita yakin beberapa kerusi yang sebelum ini dirampas pembangkan­g akan berjaya ditawan semula berdasarka­n kaji selidik yang telah dijalankan (BN Johor) sekali gus meningkatk­an komitmen kita untuk menawan kembali (kerusi-kerusi berkenaan),” kata Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu.

Ini kerana hasil kajian mendapati mutu perkhidmat­an wakil rakyat parti pembangkan­g di setiap kawasan diwakili adalah rendah malah ada di antara mereka tidak dikenali masyarakat setempat, katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA Pasir Gudang di Johor Jaya, dekat sini, semalam.

Tambah Mohamed Khaled lagi, pendekatan berbeza juga akan digunakan MCA pada PRU14, berbanding pendekatan sebelum ini.

Bagi memastikan kemenangan, semua parti komponen termasuk juga MCA, perlu memainkan peranan masing- masing selain menjalanka­n persiapan bagi menghadapi PRU14 dengan baik.

“Saya lihat MCA juga bersedia selain mengenal pasti calon-calon yang terbaik untuk menghadapi PRU14,” kata beliau.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas persediaan MCA membantu BN Johor memenangi semula beberapa kawasan yang sebelum ini ditawan parti pembangkan­g.

Sebelum ini, MCA dilaporkan mengenal pasti beberapa calon untuk bertanding di kerusi yang dimenangi pembangkan­g pada PRU lepas, antaranya kerusi Dewan Undangan Negeri Johor Jaya dan Parlimen Gelang Patah yang berada di tangan DAP. — Bernama

Saya dah bagi arahan sekerasker­asnya kepada peguam saya untuk meneliti siapakah dalang-dalangnya (yang menyebarka­n fitnah). Saya juga mendapat banyak viral berkaitan diri saya dan ramai pemimpin pembangkan­g yang

Haji. ” menuduh UMNO dan Tabung

yang mewakili syarikat itu kelmarin yang menyatakan mereka menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

“Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd melalui peguamnya meminta maaf kepada saya atas kesilapan ini.

Mereka juga menyatakan dalam surat ini bahawa saya disahkan adalah mangsa penjualan nama dan mereka juga menggesa satu siasatan dibuat terhadap pihak yang didakwa menyalahgu­nakan namanya dalam isu pembinaan projek terowong dasar laut.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji berkata dengan penerimaan surat terbaharu itu, jelas menunjukka­n beliau tidak mempunyai kaitan dengan projek berkenaan dan meminta pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk berhenti menyebarka­n fitnah terhadapny­a termasuk Tabung Haji dan UMNO.

“Saya dah bagi arahan sekeras- kerasnya kepada peguam saya untuk meneliti siapakah dalang-dalangnya (yang menyebarka­n fitnah). Saya juga mendapat banyak viral berkaitan diri saya dan ramai pemimpin pembangkan­g yang menuduh UMNO dan Tabung Haji.

“Jadi, pertama sekali saya nak jaga nama Tabung Haji, kedua sebagai Ahli Parlimen Baling, ketiga institusi parti keramat UMNO dan keluarga saya.

Saya tahu ini nak dekat pilihan raya.

Mereka lakukan ini semua bertujuan untuk pembunuhan karakter bagi menjatuhka­n parti keramat UMNO,” katanya.

Katanya beliau akan berbincang dengan peguam- nya untuk tindakan seterusnya sama ada menarik balik laporan polis yang dibuat atau mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menyebarka­n fitnah itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerah­kan kepada Consortium Zenith Constructi­on, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuska­n pelbagai kontrovers­i antaranya berhubung kos kajian kebolehlak­sanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaa­nnya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. — Bernama

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim Anggota Majlis Tertinggi UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia