Utusan Borneo (Sarawak)

Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN

-

KLUANG: Sikap mesra dan dekat dengan rakyat adalah antara kriteria penting dalam pemilihan calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau berkata penerimaan rakyat terhadap calon yang dipilih BN itu penting terutama kerana calon itu dipilih semata-mata bagi membela nasib rakyat.

Selain itu, pemilihan calon yang dekat dengan rakyat adalah penting kerana rakyat yang akan memberi mandat dan kemenangan kepada parti.

“Tentang (kriteria) tu kita tak boleh cerita (lebih lanjut) tapi yang paling penting pendekatan calon kita dengan rakyat dan ini merupakan sesuatu yang kita sedar penting kerana akan menentukan kemenangan.

“Saya rasa pemilihan calon tidak membawa apa- apa nilai tambah kalau sekiranya kelangsung­an perjuangan parti tidak dikongsika­n bersama sebab calon ini juga membawa nama parti dan parti berwawasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Orang FELDA Sembrong Kita di padang FELDA Ulu Belitong, di sini semalam.

Hishammudd­in yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu berkata parti yang mempunyai manifesto yang boleh diterima rakyat sudah tentu akan diterima rakyat di kawasan masing-masing.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kriteria-kriteria calon yang bakal dipilih untuk mewakili BN pada PRU14.

Sebelum ini, Hishammudd­in dilaporkan sebagai ber- kata pemilihan calon pada PRU akan datang adalah yang paling teliti dalam sejarah PRU bagi memastikan kemenangan BN.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam ucapannya menasihati pemimpin UMNO agar sentiasa turun padang bagi bertemu rakyat secara bersemuka.

Menurut beliau, pendekatan bersemuka itu lebih berkesan kerana membolehka­n wakil rakyat bertemu rakyat secara langsung sekali gus mengetahui isi hati mereka dan permasalah­an yang sering dihadapi mereka.

“Jangan jadi seperti pembangkan­g yang banyak menggunaka­n laman sosial untuk menyebarka­n fitnah, biarlah kita (pemimpin BN) dengan cara kita”, kata Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia