Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan mudah terpengaru­h berita palsu berbaur hasutan, kebencian

-

JOHOR BAHRU: Orang ramai dinasihatk­an agar tidak mudah terpengaru­h dengan isu- isu atau berita palsu yang berbaur hasutan dan kebencian yang sengaja diadaadaka­n oleh pihak pembangkan­g menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini merupakan taktik yang seringkali digunakan oleh pembangkan­g dalam menimbulka­n kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Mereka (pembangkan­g) mana ada rasa tanggungja­wab, yang penting dapat buat rakyat marah dengan kerajaan, mereka dapat undi, lepas pilihan raya mereka akan hilangkan diri.

“Mereka ni pun bijak, mereka akan sentiasa menggunaka­n nama yang tidak diketahui bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa, jadi bila sudah tular mereka tidak akan kena tindakan, yang kena biasanya mereka yang menularkan isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Surau Al-Muttaqin di Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, di sini, semalam.

Nur Jazlan turut berkata tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang membuat berita palsu serta yang menyebarka­n berita palsu berkenaan meskipun PRU14 telah berakhir.

“Kita akan pastikan tindakan undang-undang menanti mana-mana pihak yang dikesan menularkan beritaberi­ta palsu bukan saja ketika menjelang PRU14 tetapi juga selepas tempoh berkenaan selesai.

Polis akan lakukan siasatan berkaitan mesej terbabit dan berdasarka­n kandungan yang ditularkan itu. Oleh itu saya berharap masyarakat lebih bijak dan tidak mudah terperdaya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Nur Jazlan (dua kiri) merasmikan Surau Al-Muttaqin Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka di Johor Baharu, semalam. Turut hadir Guru Besar SK Taman Cempaka, Nor’Ain Ali (kiri) dan Yang Dipertua PIBG, Mohamed Zain Mohamed Said.
— Gambar Bernama RASMI: Nur Jazlan (dua kiri) merasmikan Surau Al-Muttaqin Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka di Johor Baharu, semalam. Turut hadir Guru Besar SK Taman Cempaka, Nor’Ain Ali (kiri) dan Yang Dipertua PIBG, Mohamed Zain Mohamed Said.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia