Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda UMNO harap lebih ramai calon muda bertanding PRU14

-

TAPAH: Pemuda UMNO berharap lebih ramai golongan muda diketengah­kan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata beliau mempunyai kaedah tersendiri untuk mengetenga­hkan hasrat itu kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita harap jumlah calon muda (yang diketengah­kan pada PRU14) tidak kurang daripada pilihan raya umum yang lepas, kalau boleh lebih.

“Saya faham sekarang ini semua orang tengah desak per- dana menteri, wanita, orang lama, penyandang, pemuda (desak). Saya ada cara untuk berbincang dengan perdana menteri, tak perlu berbincang melalui media,” katanya.

Beliau yang juga menteri belia dan sukan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Sukan Tapah di Tapah Road di sini semalam, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.

Selain itu, Khairy berkata pada tahun lepas, Pemuda UMNO telah menuntut lebih 40 kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) un- tuk diberikan kepada calon muda dan berharap ada muka baharu daripada golongan muda yang bertanding pada PRU14 nanti.

Bercakap mengenai kompleks sukan itu, Khairy berkata pembinaann­ya atas tanah seluas lebih lima hektar itu mengambil masa selama 22 bulan dan disiapkan sepenuhnya pada Disember tahun lalu.

Katanya pembanguna­n kompleks fasa satu itu merangkumi kemudahan sukan termasuk dewan serbaguna, tiga gelanggang badminton, tiga gelanggang sepak takraw, satu gelanggang bola jaring, padang bola sepak dan pejabat pengurusan kompleks.

Khairy berkata fasa kedua akan dimulakan dalam masa terdekat, yang mana skop projek tersebut meliputi astaka di padang bola sepak yang boleh memuatkan 500 kerusi, trek larian 400 meter, dua lorong lompat jauh, dua lorong untuk merejam lembing dan kemudahan untuk acara lompat tinggi serta lempar cakra.

Selain itu, katanya kompleks itu juga akan dijadikan lokasi bagi acara lawan pedang remaja pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini. — Bernama ALOR SETAR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam mengumumka­n Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti itu Datuk Yoo Wei How sebagai antara calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata senarai pendek calon kerusi DUN Kota Darul Aman pula ialah Naib Pengerusi MCA Bahagian Alor Setar Tan Eng Hwa yang juga seorang peguam.

“Mereka ini disenarai pendek sebagai calon berdasarka­n kriteria pemilihan tertentu iaitu disukai, mempunyai komitmen tinggi berkhidmat untuk rakyat, setia kepada parti dan BN (Barisan Nasional) serta sentiasa bergerak cergas pada peringkat akar umbi,” katanya selepas mendengar taklimat persediaan pilihan raya daripada MCA Bahagian Alor Setar.

Liow yang juga Menteri Pengangkut­an berkata kedua- dua mereka adalah pasukan penting untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, beliau berkata MCA Bahagian Alor Setar telah bersiap sedia sepenuhnya dalam usaha menghadapi PRU14, dengan menggarisk­an pelbagai strategi yang boleh diguna pakai untuk memastikan kemenangan parti itu, sekali gus memenangka­n BN nanti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSATU: Liow (tiga kiri) selepas mendengar taklimat persediaan pilihan raya daripada MCA Bahagian Alor Setar di pejabat MCA Kedah dekat Alor Setar, semalam. Beliau mengumumka­n Tang (dua kiri) sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Darul...
— Gambar Bernama BERSATU: Liow (tiga kiri) selepas mendengar taklimat persediaan pilihan raya daripada MCA Bahagian Alor Setar di pejabat MCA Kedah dekat Alor Setar, semalam. Beliau mengumumka­n Tang (dua kiri) sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Darul...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia