Utusan Borneo (Sarawak)

Di Maria kekalkan aksi cemerlang

-

PARIS, Perancis: Angel Di Maria mengekalka­n prestasi cemerlang beliau ketika Paris Saint Germain (PSG) yang beraksi tanpa tiga penyerang utama – Neymar, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe – menewaskan Troyes 2-0 dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Di Maria menjaringk­an gol ke-13 dari 14 penampilan kesebelasa­n utama tahun ini pada perlawanan di Stade de l’Aube, yang bersamaan pada hari kejayaan pembedahan kecederaan kaki Neymar.

Pemain kelahiran akademi PSG, Christophe Nkunku, meraikan penampilan pertama beliau musim ini dengan gol pertama, 13 minit sebelum tamat permainan untuk melengkapk­an kemenangan yang membolehka­n PSG berkelebi- han 14 mata di singahsana liga.

“Menjelang perlawanan penting ( Liga Juara- Juara menentang Real Madrid Selasa ini) dan selepas menewaskan Marseille (dalam liga dan Piala Perancis), saya berasa sangat gembira kerana kami mengekalka­n tahap permainan kami,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

“Saya mahu pemain untuk bersedia menentang Real. Semua pemain mahu bermain dan ia menjadikan keputusan sukar bagi saya tetapi ia lebih bagus begini.”

Dengan PSG perlu bangkit selepas tewas 1-3 pada perlawanan pertama menentang Real, Emery enggan mengambil risiko menurunkan Cavani sementara Mbappe tidak berada dalam skuad bermain untuk meneruskan rawatan kecederaan buku lali.

Marco Verrati juga direhatkan untuk perlawanan menentang Troyes ketika Di Maria mengambil sepenuh peluang untuk mencuri perhatian.

“Angel adalah pemain yang penting yang memiliki kualiti untuk mengubah keputusan,” kata Emery. “Beliau memiliki keyakinan dan keazaman. Kami mahu pemain berada di tahap terbaik mereka Selasa ini, dan untuk pemain seperti Angel, ia adalah saat istimewa.”

Pada perlawanan lain, gol oleh Wahbi Khazri dan Ismaila Sarr membantu Rennes naik ke tangga kelima selepas menewaskan Amiens 2-0 sementara Saint Etienne seri 2-2 dengan Dijaon dengan Robert Beric menjaringk­an du agol untuk Saint Etienne. — AFP MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo menjadi pemain kedua yang menjaringk­an 300 gol dalam La Liga Sepanyol selepas dua gol beliau membantu Real Madrid menewaskan Getafe 3-1 Sabtu lepas.

Gareth Bale membuka jaringan pada perlawanan di Santiago Bernabeu sebelum Ronaldo mengekori jejak Lionel Messi menjaringk­an gol ke-300 dan 301 selepas hanya 286 perlawanan dalam La Liga.

Messi memerlukan 334 perlawanan untuk mencapai paras 300 gol.

Loic Remy dibuang padang buat Getafe pada minit ke-47 selepas menerima kad kuning kedua tetapi pasukan pelawat itu masih mampu mengancam untuk bangkit pada kedudukan 0-2 apabila Francisco Portillo menyempurn­akan satu tendangan penalti ekoran kekasaran ke atas Jorge Molina oleh Nacho.

Ronaldo bagaimanap­un menamatkan segala kemungkina­n dengan gol ketiga untuk menambah keyakinan pasukan menjelang perlawanan kedua pusingan kedua Liga JuaraJuara di Paris Saint Germain (PSG), dengan Real menang 3-1 dari perlawanan pertama.

“Ia satu perlawanan yang kami harapkan,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. “Kami membuat persediaan serius untuk perlawanan Selasa ini (menentang PSG). Kami akan bermain dengan corak yang berbeza tetapi kami akan bersedia.”

Dalam La Liga, Real kini tujuh mata di belakang pasukan di tangga kedua, Atletico Madrid, yang bermain lewat menentang Barcelona sementara Getafe kekal di tangga ke-10.

Bale juga meningkatk­an peluang untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang PSG dengan menjaringk­an satu gol dan hampir menambah gol kedua peribadi pada lewat permainan tetapi rembatanny­a terkena palang.

Zidane memulakan perlawanan dengan jentera serangan terkuat, Ronaldo, Bale, Karim Benzema dan Isco, dengan Benzema dan Ronaldo mengetuai serangan sementara Bale dan Isco bermain di bahagian sayap.

Ia sudah dijangkaka­n di mana Real menguasai permainan dan membuka jaringan pada minit ke-24 apabila umpanan Benzema direbut oleh Sergio Ramos dan Isco tetapi bola jatuh ke kaki Bale, yang kemudian melakukan penyudah tepat.

Mungkin bersemanga­t dengan gol itu, Bale bermain di luar posisi asalnya di sayap kiri tetapi masih mampu mengucar-kacirkan pertahanan Getafe.

Ronaldo menambah jaringan pada minit akhir sebelum rehat.

Peluang Getafe semakin sukar apabila Remy dibuang padang dua minit selepas rehat kerana cuba mencekik Nacho ekoran satu kekasaran.

Beliau dilayangka­n kad kuning kedua pengadil walaupun kesalahan itu melayakkan­nya kad merah serta-merta.

Walaupun kurang seorang pemain, Getafe merapatkan kedudukan apabila Lopez menghadiah­kan tendangan penalti kepada Getafe, yang disempurna­kan oleh Portillo. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LAKAR SEJARAH: Ronaldo (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi membantu Real menewaskan Getafe pada perlawanan liga di Santiago Bernabeu, Madrid pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP LAKAR SEJARAH: Ronaldo (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi membantu Real menewaskan Getafe pada perlawanan liga di Santiago Bernabeu, Madrid pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia