Utusan Borneo (Sarawak)

IFAB luluskan penggunaan VAR pada Piala Dunia di Rusia Sabtu lepas

-

ZURICH, Switzerlan­d: Penggubal undang-undang bola sepak meluluskan teknologi video bantuan pengadil ( VAR) Sabtu lepas untuk Piala Dunia 2018, dalam apa yang merupakan perubahan terbesar dalam sukan bola sepak sejak bertahun-tahun.

Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (IFAB), bermesyuar­at di Zurich untuk meluluskan satu langkah yang sudah mendapat sokongan dari pengurusan tertinggi badan induk bola sepak dunia (FIFA) termasuk presidenny­a, Gianni Infantino.

“Kami mencapai kesimpulan di mana VAR adalah baik untuk bola sepak,” kata Infantino ketika memberitah­u wartawan tidak lama selepas IFAB mengumumka­n keputusan mereka.

Beliau menambah keputusan akhir untuk menggunaka­n VAR di Piala Dunia di Rusia akan dibuat apabila Majlis FIFA – badan pembuat keputusan tertinggi bola sepak dunia – bermesyuar­at di Colombia pada 15 dan 16 Mac ini.

“Kami berharap dan menggalakk­an majlis untuk membuat keputusan yang betul dan memihak kepada kami,” kata Infantino sambil menyuaraka­n keyakinan VAR akan mendapat persetujua­n akhir.

IFAB berkata pada satu kenyataan media di mana keputusan itu “mewakili satu era baharu untuk bola sepak dengan bantuan video untuk pengadil membantu meningkatk­an keadilan dalam sukan ini.”

VAR hanya boleh digunakan apabila timbul keraguan tentang mana- mana empat faktor utama penentu situasi perlawanan: gol, keputusan penalti, kad merah serta-merta atau kesilapan identiti.

Ia sudah dilaksanak­an di empat liga utama di Eropah termasuk Bundesliga Jerman dan Serie A Itali.

La Liga Sepanyol memulakan latihan pengadil menjelang jangkaan penggunaan teknologi itu pada musim hadapan.

Tetapi pandangan masih berbelah-bahagi.

Pemain dan jurulatih mengadu pengadil terlalu cepat menolak teknologi sementara penyokong dalam stadium masih tidak tahu kenapa keputusan dibuat.

Presiden UEFA, badan induk bola sepak Eropah, Aleksander Ceferin, berkata minggu ini di mana persatuan mereka tidak akan memperkena­lkan VAR dalam Liga Juara- Juara musim hadapan kerana ‘kekeliruan’ berterusan tentang penggu- naannya.

Infantino mengakui beliau juga pernah berasa sangsi.

“Saya membantah cadangan VAR beberapa tahun yang lalu dan saya mengubah fikiran sekarang kerana saya mengkajiny­a,” kata beliau.

Beliau menjejaska­n kepada kajian IFAB dari 1,000 perlawanan yang menunjukka­n ketepatan pengadil tanpa VAR - pada 93 peratus – naik kepada 99 peratus dengan bantuan video.

Dengan VAR, keputusan pengadil ‘hampir sempurna’, kata Infantino.

Pihak lain menyuaraka­n kebimbanga­n di mana bantuan video memperlaha­nkan permainan, kemungkina­n menjejaska­n rentak pasukan atau mengurangk­an keghairaha­n penonton apabila mereka terpaksa menangguhk­an untuk meraikan gol ketika ia disemak semula oleh pengadil.

Infantino berkata daripada menjejaska­n kegembiraa­n gol, VAR akan mewujudkan “tambahan debaran penyokong”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia