Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad kendalian Sarri tewas buat kali kedua, kekal kedudukan di tangga teratas Serie A Itali dengan hanya miliki kelebihan satu mata

-

ROM, Itali: Rekod 10 kemenangan berturut-turut Napoli dalam Serie A Itali berakhir Sabtu lepas apabila tewas 2-4 kepada AS Roma untuk kekalahan kedua pendahulu liga itu pada musim ini.

Keputusan itu mengekalka­n Napoli di tangga teratas tetapi mereka hanya memiliki kelebihan satu mata selepas Juventus menewaskan Lazio pada perlawanan awal menerusi gol kemenangan Paulo Dybala pada minit kecederaan.

Juventus juga kurang satu perlawanan dan akan menentang Atalanta di tempat sendiri dalam masa 10 hari lagi untuk perlawanan tertangguh.

“Ada banyak perkara positif dalam perlawanan ini,” tegas jurulatih Napoli, Maurizio Sarri, di mana kekalahan pertama mereka musim ini, juga di tempat sendiri kepada Juventus pada bulan Disember.

“Kami mempunyai 27 cubaan, jadi kami cuba mengetahui bagaimana Roma boleh menjaringk­an gol dengan mudah. Kami minta maaf kepada penyokong yang hadir tetapi mereka tahu kami sentiasa memberikan yang terbaik dalam padang.”

Apabila Lorenzo Insigne membuka jaringan buat Napoli seawal minit keenam, ia kelihatan Napoli akan mengekalka­n rentak kemenangan.

Tetapi Cengiz Under mengikat kedudukan seminit kemudian sebelum Edin Dzeko mencipta sejarah apabila menjadikan kedudukan 2-1 buat Roma pada minit ke-26 dari umpanan Alessandro Florenzi dan kemudian menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-79.

Gol itu membolehka­n beliau menjadi pemain pertama untuk menjaringk­an sekurang-

Ada banyak perkara positif dalam perlawanan ini. Maurizio Sarri Jurulatih Napoli

kurangnya 50 gol dalam tiga liga utama di Eropah – Serie A, Bundesliga Jerman dan Liga Perdana Inggeris.

Diego Perotti menjadikan kedudukan 4-1, 10 minit sebelum tamat permainan sebelum Dries Mertens merapatkan kedudukan buat Napoli pada minit tambahan.

Tiga mata penuh membolehka­n Roma naik ke tangga ketiga liga tetapi 16 mata di belakang Napoli.

Dybala kembali beraksi selepas sebulan berehat kerana kecederaan dengan menjaringk­an gol kemenangan lewat di Lazio, sekali gus menambah keyakinan menjelang perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara di Tottenham Hotspur minggu ini.

Lazio, jatuh ke tangga keempat, satu mata di belakang Roma dan pernah menewaskan Juventus dua kali musim ini dalam Piala Super Itali dan Serie A.

Mereka kelihatan mampu mengekalka­n rekod bersih sebelum Dybala menangani cabaran Marco Parolo dan merembat ke pintu gol.

“Saya tidak tahu jika saya boleh bermain sehingga 90 minit kerana ia penampilan pertama saya dan kami juga mempunyai perlawanan penting Rabu ini (menentang Tottenham),” kata Dybala.

“Saya berasa cergas dan menjaringk­an gol tetapi kami harus meningkatk­an teknik kami pada perlawanan di Spurs.”

Perlawanan itu juga menyaksika­n Juventus mengelak pintu gol mereka dari dibolosi sebanyak 18 kali dari 20 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an, termasuk 10 dari 11 perlawanan sejak pertukaran tahun. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK BERI PELUANG: Pemain pertahanan Roma, Daniele De Rossi (kiri) mengasak Insigne ketika beraksi pada perlawanan di Stadium San Paolo, Naples pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters TIDAK BERI PELUANG: Pemain pertahanan Roma, Daniele De Rossi (kiri) mengasak Insigne ketika beraksi pada perlawanan di Stadium San Paolo, Naples pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia