Utusan Borneo (Sarawak)

MOM dapat kuota tambahan, rayuan diketahui esok

-

KUALA LUMPUR: Persatuan sukan yang membuat rayuan mungkin berpeluang menyenarai­kan atlet mereka ke temasya Sukan Komanwel 2018 pada 4 hingga 15 April depan, berikutan beberapa kuota tambahan telah diberikan jawatankua­sa penganjur kepada Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia ( MOM) Datuk Low Beng Choo berkata keputusan mengenai atlet yang akan menyertai kontinjen negara ke Gold Coast, Australia itu akan diketahui Selasa ini, selepas diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM.

“MOM telah dimaklumka­n bahawa kemungkina­n akan mendapat kuota satu atau dua tempat lagi. Kita menerima banyak rayuan daripada persatuan sukan kebangsaan dan ekoran itu, kita membuat rayuan kepada jawatankua­sa penganjur untuk kuota lebih.

“Bukan sahaja Husniah (Zaidatul Husniah Zulkifli daripada sukan olahraga) tetapi juga beberapa atlet seperti daripada sukan menembak, triathlon dan ping pong turut mengemukak­an rayuan mereka untuk bertanding pada Sukan Komanwel.

“Kita akan tunggu keputusan Lembaga MOM yang akan bermesyuar­at Selasa ini. Kita juga akan muktamadka­n senarai atlet dalam kontinjen negara,” katanya yang ditemui selepas acara Larian Ria Sukan Asia ke-18 Jakarta-Palembang di Dataran Merdeka semalam.

Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM) sebelum ini mengesahka­n seramai 12 atlet akan beraksi di Gold Coast, namun mereka mengemukak­an rayuan kepada MOM untuk menambah seorang lagi menjadikan 13 secara keseluruha­nnya.

Jika rayuan itu diluluskan, impian ratu pecut negara, Zaidatul Husniah, untuk beraksi dalam Sukan Komanwel mungkin akan menjadi menjadi kenyataan.

Berdasarka­n prestasi terkini, Zaidatul Husniah mencatatka­n masa 11.82 saat dalam acara 100m pada kejohanan Pra Sukan Asia, Indonesia baru- baru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia