Utusan Borneo (Sarawak)

Pendedahan sukan ekstrem bentuk sahsiah lebih baik dalam diri pelajar

-

MUKAH: Pendedahan sukan ekstrem dan minat mendalam ke arahnya bakal membentuk sahsiah lebih baik dalam diri pelajar.

Pengarah Bahagian Kecemerlan­gan Profesiona­l Jabatan Pengajian Politeknik Mohamad Amin Hamat berkata, pelajar-pelajar memilih sukan lasak atau ekstem mempunyai sikap lebih kental dan fokus dalam matlamat hidupnya.

“Tidak semua orang mampu berkecimpu­ng dalam sukan lasak atau ekstrem seperti papan selaju ini dan saya yakin mereka lebih fokus dalam kehidupan,” katanya pada Majlis Penutupan Skate Juh ‘18 di Politeknik Mukah malam kelmarin.

Program Skate Juh merupakan program pertama seumpama diadakan di Politeknik Mukah dan dianjurkan secara besar-besaran selama dua hari pada 2 dan 3 Mac lalu.

Menurutnya, tidak mungkin seseorang berkecimpu­ng dalam sukan papan selaju bersikap sambil lewa terutamany­a menghadapi pelajaran.

“Orang yang meminati sukan seperti ini juga berani dan tidak mungkin goyah ketika menghadapi cabaran,” jelas- nya.

Apa yang pasti, sukan seperti itu dapat memberi kesan positif terhadap diri mereka dalam kehidupan.

Sementara Pengarah Politeknik Mukah Lt Kol Bersekutu (PA) Abdubrani Yunus memberitah­u program itu mendapat sambutan hangat kalangan peserta khususnya pelajar politeknik dan masyarakat.

Oleh itu, pihaknya berharap penganjura­n program seumpa- ma itu boleh menjadikan wadah pelajar membentuk sahsiah diri di samping mempromosi­kan politeknik kepada masyarakat luar.

“Kita berharap program seperti ini dianjurkan setiap tahun kerana sambutanny­a yang menggalakk­an terutamany­a kalangan masyarakat luar,” katanya.

Skate Juh ‘18 selain menerima penyertaan daripada pelajar politeknik seluruh Malaysia ia turut diadakan kategori terbuka untuk masyarakat luar.

Turut hadir Pengetua School Of Skateboard­ing Denny Zulfikar, Timbalan Pengarah Akademik Zaulkafli Mohamed, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Iskandar Reduan, Ketua Unit Sukan, Kurikulum dan Kokurikulu­m Kapten Bersekutu (PA) Sophian Sout, Pengarah Program Skate Juh ‘18, Aeida Zahili dan Ashraffi Anderson.

 ??  ?? TAHINAH: Mohamad Amin (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Skate Juh ‘18 sambil disaksikan yang lain.
TAHINAH: Mohamad Amin (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Skate Juh ‘18 sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia