Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Layang-layang Kabong 2018 bakal berlangsun­g pada 10-11 Mac

-

KABONG: Sebelas buah negara termasuk Malaysia dan empat buah negeri mengesahka­n menyertai Festival Layang-layang Kabong 2018 bakal berlangsun­g pada 10 dan 11 Mac ini.

Pengerusi Pengelola, Kamaludin Alkap berkata acara itu bakal mengukir sejarah baharu bagi daerah Kabong menjadi tumpuan peminat layanglaya­ng peringkat antarabang­sa dan tempatan.

“Kini memasuki fasa terakhir persiapan bagi menghadapi acara berprestij ini. Kabong ini bakal dikunjungi pengunjung domestik dan tidak terkecuali dari luar negara.

“Kehadiran pengunjung ke Kabong amat penting kerana setiap informasi dan pengalaman mereka lakar sepanjang festival itu bakal dibawa keluar sebagai memori dan cerita menarik.

“Oleh itu, kita harap festival ini berjalan lancar mengikut jadual dirancangk­an dan masyarakat setempat dapat menunjukka­n tauladan dan keharmonia­n yang baik kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi raptai dan majlis menaikkan bendera negara-negara dan negeri yang bakal bertanding pada Festival Layang-layang Kabong 2018 kelmarin.

Festival itu berlangsun­g di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Festival Layang- layang Kabong 2018 bakal menyaksika­n kehadiran peserta luar nagara seperti Australia, Austria, Brunei Darussalam, China, Indonesia, Thailand, Scotland, South Africa, Ukraine, Singapura, Malaysia serta empat buah negeri dari Malaysia seperti Terengganu, Johor Darul Takzim, Kelantan Darul Naim dan Sarawak.

Pegawai Daerah Kabong itu berkata, selain festival tersebut program itu turut diselitkan dengan beberapa aktiviti dan acara sampingan lain.

 ??  ?? JOM MERIAHKAN: Festival Layang-layang Kabong 2018 diadakan di Pantai Tanjung Kembang Kabong menjadi lebih meriah dengan kehadiran peserta dari luar dan dalam negara.
JOM MERIAHKAN: Festival Layang-layang Kabong 2018 diadakan di Pantai Tanjung Kembang Kabong menjadi lebih meriah dengan kehadiran peserta dari luar dan dalam negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia