Utusan Borneo (Sarawak)

Dua warga Sepanyol maut meluncur salji di Perancis

-

TOULOUSE: Dua peluncur salji Sepanyol terbunuh kelmarin apabila runtuhan salji menimbus sebuah kumpulan yang meluncur di luar kawasan di sebuah gunung di barat daya Perancis, menurut perkhidmat­an menyelamat.

Tiga lagi anggota kumpulan itu berjaya memaklumka­n mengenai kecemasan itu selepas rakan mereka hilang hanya sebelum waktu tengah hari.

Kira-kira 20 sukarelawa­n penyelamat dikerahkan bersama beberapa ekor anjing dan dua helikopter, jelas pihak berkuasa.

Pekerja penyelamat menemui mayat seorang lelaki di dalam salji sementara seorang lagi ditemui masih hidup oleh seekor anjing penyelamat namun kemudian meninggal dunia di sebuah hospital di Toulouse.

Jumaat lepas, empat peluncur terkorban di Taman Negara Mercantour di Alps Perancis, runtuhan salji paling teruk bagi musim sejuk setakat ini.

Pemandu pelancong mereka ditahan polis kerana berkemungk­inan meletakkan kumpulan itu dalam risiko.

Perancis telah melihat penurunan salji tebal sejak bermulanya minggu ini, ketika letusan cuaca sejuk beku dari Siberia melanda Eropah sebelum cuaca lebih hangat muncul dari bahagian selatan bermula Khamis ini.

Lebih 20 maut sejak musim meluncur di Perancis bermula pada November.

Pada 15 Februari, satu runtuhan salji di pergununga­n Pyrenees mengorbank­an tiga peluncur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia