Utusan Borneo (Sarawak)

Castillo disyaki dalang pembunuhan aktivis Caceres yang giat bantah empangan

-

LA ESPERANZA: Pihak berkuasa Honduras menyatakan mereka telah menahan seorang eksekutif syarikat tenaga yang dikatakan menjadi dalang pembunuhan berprofil tinggi 2016 aktivis alam sekitar terkenal Berta Caceres.

Pihak polis menahan jurutera elektrik David Castillo Mejia sebagai pesalah intelektua­l di sebalik pembunuhan Caceres, menurut pejabat pendakwa raya pada Jumaat lepas.

Pihak berkuasa menyatakan Castillo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Desarrollo­s Energetico­s (DESA), sasaran kempen aktif Caceres yang menentang rancangan pembinaan sebuah empangan hidroelekt­rik, ketika pembunuhan aktivis tersebut.

“Dia bertanggun­gjawab menyediaka­n logistik dan sumber lain bagi pihak pelaku jenayah,” jelas kenyataan tersebut.

Caceres menentang rancangan DESA untuk membina empangan di seberang sungai yang menjadi sumber penduduk asli.

Dua lelaki bertopeng menembak mati aktivis terbabit di rumahnya di La Esperanza, barat laut bandar utama Tegucigalp­a pada 3 Mac, 2016.

Mangsa berusia 44 tahun ketika itu.

Sekurang- kurangnya lapan lagi telah ditangkap berhubung homisid itu, antaranya pekerja DESA, namun keluarga Caceres beberapa kali menuntut dalang utama dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam kenyataan selepas penahanann­ya, pihak syarikat menyatakan Castillo, seperti semua anggota DESA, sama sekali tiada kaitan dengan insiden malang yang akhirnya mencabut nyawa Berta Caceres.

“Kami memohon dengan hormatnya bagi pembebasan segera David Castillo,” menurut kenyataan.

Projek empangan DESA ditangguhk­an sekarang, namun belum dibatalkan.

“Caceres mengajar kami agar mempertaha­nkan sungai, tanah dan hutan, kami tidak akan menyerah,” kata Paulina Gomez, anggota komuniti penduduk asli lenca, ketika berarak bersama kira- kira 400 peserta pada lewat Jumaat di sepanjang jalan raya La Esperanza.

Para penunjuk perasaan termasuk anggota Lenca di barat Honduras dan saudara mara mendiang aktivis.

Lebih banyak acara menghormat­i Caceres dirancangk­an kelmarin di La Esperanza, 110 kilometer di barat ibu negara Tegucigalp­a.

Ibunya Austra Berta Flores memberitah­u AFP bahawa Ketua Pendakwa Raya Honduras Oscar Chinchilla menolak permintaan­nya untuk menamakan suruhanjay­a antarabang­sa bagi menyiasat pembunuhan berkenaan.

Flores turut mendakwa Castillo melawat Caceres sebelum pembunuhan untuk cuba mengancam dan merasuahny­a agar menghentik­an bantahanny­a.

Anak perempuan Caceres, Olivia Zuniga, anggota Kongres Honduras, menyatakan beliau akan memperkena­lkan langkah bagi membatalka­n projek empangan termasuk 48 kontrak lain pembinaan empangan di barat Honduras.

Cawangan Honduras Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia dalam Twitter menyatakan ia meneruskan sokonganny­a kepada keluarga Caceres serta usaha bagi mendapatka­n kebenaran semasa ulang tahun beliau.

Badan kebajikanB­ritish bagi cawangan Amerika Oxfam menyatakan dalam kenyataan Twitter bahawa Caceres penduduk asli yang berwawasan, pemimpin alam sekitar dan feminis.

Erika Guevara Rosas, pengarah kumpulan hak asasi manusia Amnesty Internatio­nal, menyatakan Jumaat lepas bahawa kegagalan untuk menyelesai­kan kes Caceres memberi mesej yang menakutkan bahawa para pembela hak asasi manusia akan dibunuh sebebasnya sekiranya mereka berani mempersoal pihak berkuasa di Honduras.

Kumpulan Hak Asasi lain, Global Witness, menamakan Honduras sebagai negara paling berbahaya di dunia bagi pembela hak asasi manusia dan alam sekitar.

Honduras digegarkan krisis politik selama beberapa bulan dan beberapa orang terkorban manakala ratusan lagi dipenjarak­an sejak Presiden Juan Orlando Hernandez diumumkan sebagai pemenang pilihan raya awal 26 November.

Para penyokong calon pembangkan­g yang dikalahkan Salvador Nasralla menuduh Hernandez, yang mempunyai sokongan haram dari Amerika Syarikat (AS), sebagai membentuk pemerintah­an diktator ketenteraa­n dan menegaskan pilihan raya telah dicuri. — AFP

 ??  ?? TERUS BERJUANG: Ahli keluarga dan rakan-rakan mengunjung­i kubur Caceres di La Esperanza, kelmarin.
TERUS BERJUANG: Ahli keluarga dan rakan-rakan mengunjung­i kubur Caceres di La Esperanza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia