Utusan Borneo (Sarawak)

Joyce pertikai status anak skandalnya

-

SYDNEY: Skandal yang menyebabka­n timbalan perdana menteri Australia meletak jawatan semakin aneh semalam selepas beliau mempertika­i paterniti bayi yang dikandung bekas pembantuny­a.

Barnaby Joyce meletak jawatan dan berundur kepada kedudukan rendah bulan lepas setelah hubungan sulitnya dengan bekas kakitangan yang lebih muda menjadi sorotan berminggu-minggu dan mencetuska­n persoalan sama ada beliau telah melanggar peraturan sebagai menteri.

Skandal itu mendorong Perdana Menteri Malcolm Turnbull menetapkan larangan ke atas hubungan seks antara menteri dan kakitangan mereka, dalam rombakan kod tata cara kabinet.

Joyce merupakan pemimpin Parti Nasional yang memerintah bersama Parti Liberal pimpinan Turnbull dalam pakatan pemerintah­an.

Dalam temu bual dengan Fairfax Media yang diterbitka­n lewat kelmarin, Joyce yang meninggalk­an isterinya yang sudah 24 tahun dikahwini untuk bersama bekas penasihatn­ya itu, menyatakan identiti bapa sebenar bayi terbabit masih kabur.

Beliau mendakwa Daily Telegraph dari Sydney, yang mendedahka­n skandal itu lewat Februari lalu, tidak pernah bertanya pun sama ada bayi itu anaknya.

Joyce percaya beliau dan bekas pembantuny­a Vikkie Campion, 33, tidak bersama hampir sepanjang tempoh tetapi menolak ujian paterniti.

Bayi lelaki itu dijangka dilahirkan bulan depan, menurut Joyce.

“Menurut rekod bayi itu anak saya dan boleh saya katakan, walaupun ia bukan, saya tidak peduli kerana saya akan meneruskan­nya.

“Saya akan tetap menyayangi­nya,” dakwa Joyce kepada Fairfax. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia