Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan raya Itali dijangka berakhir buntu

-

ROM: Rakyat Itali keluar mengundi semalam dalam pilihan raya yang boleh mencetuska­n kebuntuan politik selepas kempen yang dicemari kemarahan umum ekoran ekonomi lemah, kadar penganggur­an tinggi dan pendatang asing.

Tinjauan meramalkan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi dan sekutu kanan radikalnya akan muncul sebagai blok terbesar dalam parlimen tetapi gagal meraih majoriti.

Parti antipebunu­han Pergerakan 5-Bintang dijangka menjadi parti tunggal terbesar yang mengaut sokongan daripada rasa tidak puas hati terhadap korupsi berleluasa dan kemiskinan yang meningkat, manakala parti pemerintah tengah- kiri Parti Demokratik (PD) dilihat lebih cenderung berada di tempat ketiga.

“Terdapat kemajuan untuk 5-Bintang pada harihari terakhir kempen, tetapi sukar untuk melihat manamana parti atau pakatan meraih 40 peratus yang diperlukan untuk membentuk kerajaan,” kata Lorenzo Pregliasco, pengasas bersama kumpulan tinjauan pendapat YouTrend.

Itali yang dibebani hutang adalah ekonomi ketiga terbesar dalam 19 anggota zon euro dan kebuntuan politik berpanjang­an boleh mengancam semula ketidaksta­bilan pasaran.

Pusat pengundian ditutup jam 11 malam waktu tempatan dengan keputusan segera dijangkaka­n kemudian.

Pilihan raya tersebut diadakan di bawah undangunda­ng baharu yang rumit yang bermakna keputusan akhir tidak akan diketahui sehingga lewat hari ini.

Kempen tersebut menandakan kemunculan semula dalam politik bagi Berlusconi, 81, yang terpaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2011 saat kemuncak krisis hutang kerajaan, skandal seks, masalah perundanga­n dan kesihatan.

Pensabitan pada 2013 atas penipuan cukai bermakna beliau tidak boleh memegang jawatan awam dan telah mengemukak­an Antonio Tajani, presiden Parlimen Eropah, sebagai calonnya untuk jawatan perdana menteri.

Profil sederhana Tajani bertujuan menepis kebimbanga­n di Eropah mengenai sekutu populisnya khususnya Liga yang mana pemimpinny­a Matteo Salvini telah berikrar untuk mengusir 600,000 pendatang yang tiba dengan bot di Itali sejak empat tahun lalu.

Sesetengah tinjauan berpendapa­t Liga boleh mengatasi parti Berlsuconi Forza Italia (Go Italy!) semalam.

Parti populis memuncak di Eropah sejak krisis kewangan 2008, namun parti aliran utama di Itali sukar menahan kemarahan awam tatkala ekonomi masih enam peratus lebih kecil berbanding sedekad lalu dan kadar penganggur­an masih 11 peratus.

Parti 5- Bintang yang diketuai Luigi Di Maio, 31, mampu mendapat kelebihan daripada rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk di wilayah selatan mundur dan telah menjanjika­n gaji bulanan mencecah 780 euro untuk golongan miskin.

Walaupun semua pemimpin parti menolak persekutua­n pascapilih­an raya dengan saingan masingmasi­ng, Itali mempunyai sejarah yang panjang mencari jalan keluar daripada kebuntuan politik yang kelihatan mencengkam.

Seperti dijangkaka­n, tiada sesiapa meraih kemenangan mutlak semalam , tetapi perjanjian kerajaan hanya dapat dijangkaka­n selepas beberapa minggu.

President Sergio Mattarella tidak dapat melancarka­n rundingan pakatan rasmi sehingga parlimen baharu bersidang pada 23 Mac dan perdana menteri baharu akan perlu meraih undi keyakinan dalam kedua-dua dewan sebelum mula memerintah. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia