Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pegawai polis dibunuh di Colombia

-

CALDONO: Dua pegawai polis Colombia terbunuh apabila penjenayah meletupkan kereta mereka, kemudian membaling bom tangan dan melepaskan tembakan, kata pihak berkuasa.

Kedua-dua pegawai berasal dari bandar Caldono, di barat daya Colombia, di mana kenderaan mereka diserang dengan bahan letupan, kata polis dalam satu kenyataan.

Pegawai yang terbunuh adalah Jorge Andres Quintero, 31, dan Jhoan Sebastian Rodriguez, 25, ketika mereka dalam perjalanan mengambil seorang lelaki yang ditahan di balai polis berhampira­n.

Kenyataan menambah, gerila bekas kumpulan pemberonta­k FARC, aktif di kawasan itu tetapi tidak menuding jari secara terus kepada mereka.

Pemerintah Polis Cauca Kolonel Edgar Orlando Rodriguez berkata pada sidang media, selepas meletupkan kenderaan, mangsa diserang dengan tembakan bertalu-talu dan bom tangan.

Presiden Colombia, Juan Manuel Santos mengutuk serangan itu sebagai pengecut menerusi laman media sosial Twitternya dan berikrar bahawa mereka bertanggun­gjawab akan menerima padah.

Perjanjian damai pada 2016 di antara kerajaan Santos dengan FARC menyebabka­n pelucutan senjata hampir 7,000 pejuang.

Bekas gerila itu kemudian menjadi parti politik menggunaka­n singkatan nama yang sama.

Bagaimanap­un, kira-kira 1,100 pemberonta­k enggan menyertai perjanjian damai.

Mereka antara yang terlibat dengan pengedaran dadah dan perlombong­an haram, kata pegawai.

Pihak berkuasa Colombia masih tetap membasmi organisasi jenayah, kumpulan pengedar dadah dengan pertalian separa tentera, Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN), kumpulan gerila terakhir yang masih aktif. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DISERANG GANAS: Ejen polis melihat trak peronda polis yang hangus dan dua mayat mangsa yang ditutup dengan kain putih sejurus serangan di Caldono, Cauca kelmarin.
— Gambar AFP DISERANG GANAS: Ejen polis melihat trak peronda polis yang hangus dan dua mayat mangsa yang ditutup dengan kain putih sejurus serangan di Caldono, Cauca kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia