Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda akui tikam penulis sekular ‘musuh Islam’

-

DHAKA: Pihak penyiasat Bangladesh menyatakan semalam seorang pemuda yang dituduh menikam seorang penulis sekular yang diraikan semasa satu seminar sengaja menyasarin­ya kerana menganggap­nya sebagai musuh Islam.

Serangan kelmarin terhadap Zafar Iqbal di bandar utara Sylhet adalah yang terbaharu dalam siri kejadian tikaman terhadap penulis dan penulis blog sekular atau ateis di negara majoriti beragama Islam Bangladesh.

Iqbal, juara terkenal kebebasan bersuara dan sekularism­e, dalam keadaan stabil di hospital di mana beliau sedang menerima rawatan lanjut.

Pihak polis telah menahan Faizul Hasan, 21, bekas pelajar madrasah dan sedang disiasat sebarang hubungan dengan kumpulan radikal.

Kolonel Ali Haider Azad Ahmed dari unit polis Batalion Tindakan Pantas (RAB) menyatakan Hasan memberitah­u penyiasat sudah menjadi tugasnya sebagai seorang Muslim untuk melawan sesiapa yang bekerja menentang Islam.

“Dia telah menyatakan Dr Zafar Iqbal sebagai musuh Islam,” jelas Ahmed.

Pihak polis memberitah­u, Hasan yang mana ayahnya adalah seorang guru madrasah, mungkin mempunyai hubungan dengan pihak ekstremis yang dipersalah­kan atas serangan terhadap penulis sekular dan ateis sepanjang empat tahun lepas.

Disyaki pihak radikal telah membunuh kira-kira 12 penulis dan pemilik blog, termasuk seorang penulis blog ateis Amerika yang berasal dari Bangladesh. Pihak polis mempersala­hkan kumpulan ekstremis dalam negara Ansarullah Bangla Team, juga dikenali sebagai Ansar al Islam dan dikaitkan dengan Al-Qaeda di benua India, atas kebanyakan serangan.

Kerajaan Bangladesh telah menyediaka­n keselamata­n bagi penulis dan aktivis sekular sejak pihak ekstremis menamakan mereka dalam beberapa senarai sasaran.

Iqbal, 64, merupakan penulis terkenal dan penceramah selebriti yang sering muncul di kampus-kampus di seluruh negara. Profesor yang dilatih di AS itu mengajar di sebuah universiti kerajaan di Sylhet.

Mangsa segera dihantar ke hospital di bandar dan kemudian diterbangk­an ke sebuah hospital tentera di Dhaka.

Serangan itu segera dikecam penunjuk perasaan di Dhaka dan Sylhet, yang melakukan perarakan bercahayak­an lampu suluh menuntut keadilan termasuk oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina. Sejak beberapa tahun lepas Iqbal menyokong hukuman mati terhadap pegawai kanan parti Islamis, penentang utama Hasina, atas penglibata­n mereka dalam perang jenayah pada awal 1970-an di sebalik tuduhan perdana menteri telah menghapusk­an tentangan.

Bangladesh memerangi pihak ekstremis dalam kemunculan beberapa serangan oleh kumpulan radikal sejak beberapa tahun.

Pada Julai 2016, militan menyerbu sebuah kafe di Dhaka dan membunuh 22 tebusan, termasuk 18 rakyat asing, dalam serangan yang diakui kumpulan Islamic State.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia