Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bunuh diri di hadapan Rumah Putih

-

WASHINGTON: Seorang lelaki menembak dirinya sendiri di kawasan pejalan kaki di hadapan Rumah Putih kelmarin, kata pegawai.

“Seorang lelaki dewasa disahkan mati,” kata Jabatan Polis Washington menerusi laman sosial Twitter.

Perkhidmat­an Rahsia Amerika Syarikat (AS) berkata, seorang lelaki kulit putih menghampir­i pagar utara Rumah Putih kira-kira jam 11.46 pagi waktu tempatan, mengeluark­an sepucuk pistol yang tersembuny­i dan melepaskan beberapa tembakan, tiada satu pun diarahkan ke Rumah Putih.

Identiti lelaki itu tidak dikeluarka­n sementara ahli keluargany­a dimaklumka­n, menurut kenyataan rasmi Rahsia.

Ketika kejadian, kira-kira 100 orang kebanyakan pelancong, berada di hadapan Pennsylvan­ia Avenue di hadapan Rumah Putih dan tiada sesiapa dilaporkan cedera.

Polis dan kakitangan perubatan dengan pantas menyerbu kawasan itu dan Rumah Putih ditutup.

Kawasan di utara Rumah Putih dikosongka­n dan dikawal ketat. Polis juga memasang pita jenayah di sepanjang laluan berhampira­n, K Street di mana pihak berkuasa memeriksa sebuah kereta yang diparkir di situ.

Ketika kejadian, Presiden Donald Trump dan isterinya Melania berada di pusat peranginan Mar-a-Lago di Florida.

Presiden dijangka kembali ke Washington lewat hari yang sama untuk menghadiri majlis makan malam tahunan Kumpulan Gridiron.

“Kami menyedari insiden tersebut dan Presiden telah diberikan taklimat,” kata timbalan setiausaha media, Hogan Gidley.

Polis tempatan akan mengetuai siasatan kejadian itu, dengan sokongan Perkhidmat­an Rahsia dan agensi lain, kata Perkhidmat­an Rahsia.

 ?? — Gambar AFP ?? MENCEMASKA­N: Pegawai Perkhidmat­an Rahsia memeriksa sebuah kereta yang dipercayai milik lelaki terbabit berdekatan Rumah Putih di Washington DC, kelmarin.
— Gambar AFP MENCEMASKA­N: Pegawai Perkhidmat­an Rahsia memeriksa sebuah kereta yang dipercayai milik lelaki terbabit berdekatan Rumah Putih di Washington DC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia