Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran rendah Bursa Malaysia dijangka berterusan

Pelabur bimbang rancangan Trump untuk mengenakan tarif tinggi ke atas import keluli dan aluminium

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran rendah minggu ini berikutan sentimen suram pelabur ekoran kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n ditimbulka­n oleh rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif tinggi ke atas import keluli dan aluminium.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata keputusan Trump pada Khamis bagi memperkena­lkan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan 10 peratus bagi penghantar­an aluminium ke dalam negara telah memburukka­n sentimen yang telah sedia suram dalam pasaran.

“Oleh itu, pelabur percaya langkah itu akan memberi kesan limpahan kepada pasaran pesat membangun seperti Malaysia dan beralih daripada pasaran ekuiti.

“Pengumuman Trump itu telah menimbulka­n kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n yang mungkin melibatkan negara seperti China, serta negara Eropah, dan mereka merupakan destinasi eksport utama bagi Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Nazri Khan menjangkak­an sentimen berhati-hati akan berterusan sehingga minggu ini, menyebabka­n penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut pada sekitar 1,850 mata daripada 1,856.07 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagi minggu yang baharu berakhir, Bursa Malaysia mencatat prestasi bercam- pur- campur dan sehingga rendah, walaupun mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu, 1,871.46, pada Selasa didorong keputusan kewangan korporat yang memberangs­angkan.

Bergerak seiring bursa serantau, bursa tempatan kebanyakan­nya dipengaruh­i kenyataan Pengerusi Rizab Persekutua­n AS berkaitan dasar monetari negara itu yang memihak kepada kadar faedah tinggi, memandangk­an ia menimbulka­n kebimbanga­n terhadap kenaikan kadar faedah.

Data pembuatan China yang lemah pada Februari dan kenyataan kenaikan tarif oleh Trump juga menjadi faktor penting dalam mempengaru­hi pergerakan barometer pasaran itu.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 5.43 mata kepada 1,856.07 semasa penutup pasaran.

Indeks FBM Emas kurang 139.83 mata kepada 13,173.95, Indeks FBMT100 turun 112.65 mata kepada 12,892.74 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 229.04 mata kepada 13,372.35.

FBM 70 merosot 394.07 mata kepada 15,978.48 dan FBM Ace susut 295.31 mata kepada 6,154.67.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan turun 36.68 mata kepada 3,215.45, Indeks Perladanga­n naik 18.50 mata kepada 8,079.99 dan Indeks Kewangan meningkat 226.29 mata kepada 18,228.07.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 14.37 bilion unit bernilai RM14.20 bilion daripada 12.80 bilion unit bernilai RM11.26 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama bertambah kepada 9.22 bilion saham bernilai RM13.30 bilion daripada 7.81 bilion saham bernilai RM10.31 bilion.

Waran mencatat jumlah dagangan lebih rendah pada 2.44 bilion unit bernilai RM439.50 juta berbanding 2.96 bilion unit bernilai RM526.96 juta minggu sebelumnya.

Pasaran ACE meningkat kepada 2.67 bilion saham bernilai RM441.25 juta berbanding 2.0 bilion saham bernilai RM403.30 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia