Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM dijangka saksikan pengambila­n untung

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka menyaksika­n aktiviti pengambila­n untung minggu depan (minggu ini) memandangk­an India menaikkan cukai import ke atas MSM kepada 44 peratus daripada 30 peratus, paras tertinggi dalam tempoh lebih satu dekad.

Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata kenaikan cukai oleh pengimport minyak makan terbesar dunia itu serta peningkata­n ringgit boleh mempengaru­hi harga sawit.

“Ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) juga menjejaska­n harga MSM, kerana secara lazimnya menjadikan minyak tropika itu lebih mahal bagi pemegang mata wang asing,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya menjangkak­an harga MSM diniagakan antara RM2,450 dan RM2,500 satu tan.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga MSM diniagakan kebanyakan­nya tinggi dalam keadaan sentimen bercampur-campur dengan eksport.

Berasaskan Jumaat ke Ju- maat, Mac 2018 susut RM40 kepada RM2,496 satu tan, April 2018 merosot RM52 kepada RM2,480 satu tan, Mei 2018 turun RM49 kepada RM2,474 satu tan dan Jun 2018 kurang RM42 kepada RM2,472 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 227,315 lot daripada 206,118 lot pada Jumaat minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 291,999 kontrak daripada 240,540 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Mac susut RM40 kepada RM2,510 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia