Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar jangka pendek diunjur kukuh

-

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kukuh minggu ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan operasi menyerap lebihan tunai dalam sistem kewangan.

Bank pusat itu melakukan operasi harian dengan melaksanak­an instrumen monetari termasuk tendertend­er pasaran wang konvension­al, Qard, repo dan repo berbalik.

Pada Jumaat, kadar faedah semalaman purata berada pada 3.17 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvension­al bagi minggu lepas meningkat kepada RM27.40 bilion daripada RM25.54 bilion pada minggu lepas manakala dalam sistem Islam, ia bertambah kepada RM8.61 bilion daripada RM7.29 bilion.

Penanda aras Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur tiga bulan kekal pada paras minggu sebelumnya iaitu 3.69 peratus. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI dijangka berada dalam aiiran rendah minggu ini, menjejaki prestasi asas pasaran tunai, kata peniaga.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan mengunjurk­an Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun minggu ini.

Beliau berkata, ia berikutan sentimen suram pelabur memandangk­an kebimbanga­n perang perdaganga­n ditimbulka­n oleh rancangan Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif yang tinggi ke atas import keluli dan aluminium.

“Para pelabur percaya langkah itu akan memberi kesan limpahan kepada pasaran pesat membangun seperti Malaysia dan mereka beralih daripada pasaran ekuiti,” katanya kepada Bernama.

Nazri Khan menjangkak­an sentimen pasaran berhati- hati berterusan sehingga minggu ini sekali gus menyebabka­n penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) rendah pada sekitar 1,850 mata berbanding 1,856.07 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran hadapan itu diniagakan bercampurc­ampur dan sehingga rendah, seiring dengan pasaran tunai.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, bulan semerta yang baharu Mac 2018 susut tujuh mata kepada 1,855.0 manakala Jun 2018 turun lapan mata kepada 1,849.5, September 2018 kurang 11 mata kepada 1,846.0 dan bulan yang baharu disenaraik­an April 2018 berada pada 1,854.0.

Jumlah dagangan bagi minggu lepas meningkat kepada 70,166 lot daripada 44,365 lot pada Jumaat minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 27,489 kontrak daripada 49,969 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI susut 5.43 mata kepada 1,856.07 semasa mengakhiri dagangan minggu lepasberba­nding 1,861.50 pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia