Utusan Borneo (Sarawak)

PTKL dijangka teruskan momentum menaik

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka tidak menentu minggu ini seiring dengan prestasi pasaran emas Bursa Komoditi Amerika Syarikat ( COMEX), kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Tee Guy Eon berkata harga emas dijangka terus diasak tekanan susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutua­n AS akan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.

“Logam berharga itu sememangny­a terdedah kepada kesan kadar faedah kerana ia boleh meningkatk­an kos pegangan emas tanpa faedah,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga emas tempatan secara keseluruha­nnya diniagakan lebih tinggi, dipacu oleh sentimen positif susulan aliran peningkata­n niaga hadapan emas COMEX ketika dolar AS lemah berikutan kebimbanga­n terhadap keputusan Presiden Donald Trump mengenakan cukai ke atas import keluli dan aluminium.

Bagi perbanding­an Jumaat hingga Jumaat, kontrakkon­trak Mac 2018 dan April 2018 masing-masing turun 33 mata kepada RM166.20 segram dan RM166.95 segram manakala Mei 2018 susut lapan mata kepada RM167.70 segram dan Jun 2018 merosot 17 mata kepada RM167.70 segram.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 20 lot bernilai RM334,400 daripada 14 lot bernilai RM236,260 minggu lepas manakala minat terbuka berkuranga­n kepada 70 kontrak berbanding 73 kontrak. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka meneruskan momentum menaik minggu ini dan bergerak pada julat AS$$ 21,400 hingga AS$21,700 satu tan, menjejaki pergerakan di Bursa Logam London (LME), kata peniaga.

Beliau berkata, pasaran tempatan juga akan menerima kesan pergerakan mata wang, terutama prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Dolar AS dijangka meneruskan momentum menurun minggu depan, yang akan mencetuska­n lebih banyak minat belian dalam kalangan peniaga,” katanya kepada Bernama.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga di PTKL meningkat AS$100 kepada AS$21,550 satu tan daripada AS$21,450 satu tan minggu sebelumnya.

Timah di LME mencecah AS$21,655 satu tan berbanding AS$21,575 satu tan minggu sebelumnya, manakala perbezaan harga antara PTKL dan LME adalah diskaun AS$105 satu tan daripada diskaun AS$125 satu tan minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia