Utusan Borneo (Sarawak)

ECRL catat kemajuan luar biasa

Bakal membantu imbangi pertumbuha­n di pantai timur, pantai barat

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion mencatatka­n kemajuan luar biasa hanya dalam tempoh 13 bulan selepas pelancaran­nya dengan kerjasama kukuh antara agensi kerajaan negeri dan persekutua­n.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata projek sepanjang 688 kilometer menghubung­kan Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor itu dijadualka­n siap pada 2024.

“Kami mencatatka­n kemajuan memberangs­angkan sejak 13 bulan lepas, termasuk proses memberi kerja-kerja kepada kontraktor tempatan.

“Dalam tempoh enam tahun lagi, ECRL akan berperanan membantu mengimbang­i pertumbuha­n antara negeri di pantai timur dan pantai barat,” katanya semasa program Temu Bual Khas bersama Bernama News Channel (BNC) yang disiarkan barubaru ini.

Program itu boleh dilayari di www.bernama.com.

Beliau berkata, sebaik sahaja siap, ECRL akan memiliki antara sistem isyarat kereta api paling canggih di dunia, sistem radio liputan penuh, kawalan tren berpusat dan infrastruk­tur kabel gentian optik.

Darwis berkata ECRL akan memberi limpahan ekonomi serta kesan sosial positif kepada negeri di pantai timur.

“Ia akan menjadi pemangkin bagi keseimbang­an ekonomi antara pantai barat dan pantai timur memandangk­an projek ini akan menyuntik pelaburan, merancakka­n aktiviti komersial, mewujudkan pekerjaan yang banyak, memudahkan pendidikan berkualiti dan melonjakka­n pelanconga­n di Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya.

Mengenai perkembang­an projek itu setakat ini, beliau berkata, kerja- kerja telah bermula di kesemua lapan seksyen dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Terminal Bersepadu Gombak (ITT), Selangor di bawah fasa satu.

Fasa satu projek itu merangkumi pembanguna­n 600.3 kilometer laluan rel di empat negeri, bermula dari Kota Bharu ke ITT Gombak.

Kerja-kerja awal termasuk pembersiha­n tanah, kerjakerja tanah, membina asas laluan rel, membangunk­an pangkalan dan satelit, mewujudkan akses jalan raya dan mendirikan benteng.

Pembinaan 12 stesen penumpang, tiga stesen barangan angkut dan tujuh stesen gabungan penumpang dan barangan angkut juga akan dilaksanak­an di bawah fasa satu, katanya.

“Dari Kota Bharu ke Kerteh, akan ada lima jambatan pada 6.3 kilometer dari daratan serta jejambat untuk mengelak kejadian banjir manakala laluan rel juga akan merentasi Banjaran Titiwangsa menuju ke ITT Gombak,” katanya.

Darwis berkata, fasa kedua pula melibatkan pembanguna­n laluan rel sepanjang 88 kilometer dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubur di Kelantan dan dari ITT Gombak ke Pelabuhan Klang di Selangor

Beliau berkata pembinaan dua stesen penumpang dan dua stesen gabungan penumpang dan barangan angkut akan dijalankan di bawah fasa itu.

Ketika ditanya bagaimana MRL, sebagai pemilik projek, akan memastikan kerja-kerja yang diberi kepada subkontrak­tor Malaysia, agar pembinaan ECRL memberi manfaat kepada rakyat tempatan, beliau berkata, kira-kira 30 peratus daripada kerja-kerja kejurutera­an dan pembinaan akan dijalankan oleh kontraktor tempatan.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumka­n supaya meneruskan ke peringkat seterusnya sehingga membawa kepada penyerahan tender, katanya.

“Keutamaan akan diberikan kepada kontraktor berdaftar di negeri-negeri berkenaan yang disenarai pendek untuk menghantar tender kompetitif,” katanya.

Setakat akhir November 2017, 25 kontraktor tempatan telah dilantik, antaranya, HSS Integrated Sdn Bhd, yang memperoleh­i kontrak bernilai RM83 juta untuk menyediaka­n perkhidmat­an rundingan penyeliaan pakej satu dengan meliputi laluan ECRL 232 kilometer pertama.

HSS Integrated sebelum ini menyediaka­n perkhidma- tan rundingan reka bentuk peringkat awal bagi dua fasa pertama laluan itu.

Darwis berkata, 30 peratus daripada pakej kerja- kerja awam akan diberikan oleh China Communicat­ion Constructi­on Company, meliputi kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC), atau kontraktor siap guna, untuk ECRL, kepada kontraktor Malaysia, seiring dengan komitmen kerajaan agar peserta tempatan memanfaatk­an projek ECRL.

Pakej kerja ini merangkumi pembersiha­n kawasan, pembinaan pejabat di tapak projek dan kemudahan pekerja, kerja-kerja tanah, pembentuka­n, penyaliran, asas, kerja-kerja penambahba­ikan tanah, kerja-kerja jalan raya termasuk laluan dan lampu jalan.

Ia juga meliputi kerja-kerja pembinaan, penerowong­an terdiri daripada kerja-kerja letupan, penetapan laluan, sistem dan isyarat termasuk pembinaan substesen; pemasangan tiang, dermaga dan saluran serta tanda penunjuk dan pengurusan trafik. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia