Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pihak komited muktamadka­n RCEP menjelang akhir 2018

-

SINGAPURA: Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang berlangsun­g di sini mencatat beberapa kemajuan termasuk usaha memuktamad­kan perjanjian perdaganga­n itu menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Seri J Jayasiri.

“Kalangan perunding sebelum ini bertemu di Yogjakarta. Susulan itu, beberapa kemajuan telah dicapai walaupun jurang dalam banyak isu terbabit masih wujud,” katanya kepada Bernama selepas pusingan Mesyuarat Peringkat Menteri RCEP Keempat di sini, semalam.

Jayasiri turut berkongsi harapan untuk melihat perkembang­an lanjut dapat dicapai dalam dua mesyuarat rasmi RCEP selepas ini.

“Sebarang usaha yang memerlukan keputusan politik akan ditentukan pada Mesyuarat Peringkat Menteri RCEP pada Julai depan. Semua pihak berusaha untuk memastikan rundingan itu dapat dimuktamad­kan tahun ini. Malah, kesungguha­n politik bagi melihat kemajuan rundingan RCEP itu sememangny­a ada,” kata Jayasiri yang mewakili Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam mesyuarat semalam.

Ditanya sama ada RCEP da- pat dimeterai pada November 2018, Jayasiri berkata: “Tiada sebarang tarikh akhir (yang ditetapkan). Bagaimanap­un, kita masih cuba untuk melihat kemungkina­n mencatat kemajuan dan seterusnya ia dapat dimuktamad­kan menjelang akhir tahun ini.

“Namun, ia bukanlah sehingga ke tahap perkara itu wajib diselesaik­an menjelang 2018. Tidak wujud tarikh akhir sedemikian, sebaliknya ini lebih kepada sasaran untuk berusaha ia dapat dimuktamad­kan sebelum akhir tahun ini.”

Menurut Jayasiri, Malaysia turut berperanan sebagai ketua perunding dalam perbincang­an mengenai perkhidmat­an.

“Kita sedang berusaha untuk mendapatka­n lebih banyak kemajuan dalam rundingan perkhidmat­an dengan mengetenga­hkan beberapa saranan yang konstrukti­f,” katanya.

Mengulas pusingan Mesyuarat RCEP kali ini, Jayasiri berkata ia bertujuan menilai perkembang­an yang dicatat serta memberi panduan kepada kalangan perunding terbabit.

“Oleh itu, ada beberapa garis panduan dan keputusan yang turut diterima,” katanya.

Jayasiri berkata, menjelang 13 April, 2018, semua pihak yang berunding akan membentang­kan tawaran yang disemak bagi perdaganga­n barangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia