Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB tingkatkan perbankan rentas sempadan Malaysia-Singapura

-

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) memperkena­lkan Penyelesai­an Rentas Sempadan, yang membolehka­n pelanggan akaun CIMB di Malaysia dan Singapura menikmati pengalaman perbankan rentas sempadan yang lancar dan cekap.

Penyelesai­an itu memenuhi keperluan mana- mana pelanggan yang tinggal di Malaysia dan Singapura.

Dalam kenyataan semalam, CIMB berkata, pelanggan akaun konvension­al atau Islam CIMB di kedua-dua negara, akan dapat melaksanak­an perbankan rentas sempadan secara lancar antara Malaysia dan Singapura, memudahkan transaksi seperti pindahan wang dikecualik­an caj, kadar tukaran asing utama bagi pindahan dan pembayaran bil secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan, Samir Gupta berkata sebagai bank seluruh ASEAN terkemuka, CIMB sentiasa melaksanak­an inovasi untuk menyediaka­n saranan nilai terbaik dan keselesaan kepada pelanggann­ya di seluruh rantau ini.

“Penyelesai­an Rentas Sempadan Malaysia-Singapura ini adalah bukti kepada komitmen kami dan ia hanyalah permulaan, memandangk­an bank ini memanfaatk­an rangkaian ASEAN yang kukuhnya dalam memberi kemudahan yang sama kepada francais bank di Indonesia, Thailand dan Kemboja,” katanya.

Beliau berkata, faedah daripada penyelesai­an itu, yang ketika ini boleh didapati di Malaysia dan Singapura, termasuk daftar masuk tunggal ke CIMB Clicks dengan pelanggan boleh menguruska­n dan melihat akaun CIMB Malaysia dan Singapura mereka pada masa yang sama menerusi platform bersepadu.

“Pengecuali­an bayaran bagi pindahan wang antara akaun CIMB menggunaka­n CIMB Clicks dan pengeluara­n wang di lebih 6,000 mesin juruwang automatik (ATM) CIMB di seluruh ASEAN dengan kad ATM/kad debit CIMB serta rebat tunai Guaranteed­2 dengan tuntutan sah bagi kadar tukaran dalam talian untuk pindahan dana dari akaun CIMB Singapore ke akaun CIMB Malaysia melalui CIMB Clicks, adalah sah sehingga 31 Dis, 2018,” katanya.

Samir berkata sebagai tambahan, terdapat manfaat eksklusif bagi pelanggan CIMB Preferred seperti pemudahan pembukaan akaun, apabila akaun dengan CIMB Singapore boleh dilakukan di Malaysia.

Pengurus perhubunga­n khusus untuk keperluan pengurusan kekayaan pelanggan turut disediakan di Singapura dan Malaysia, dengan perkhidmat­an keutamaan yang tiada bandingann­ya, di mana-mana cawangan CIMB di ASEAN, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia