Utusan Borneo (Sarawak)

NAFAS Sialin ingin pasar produk burung walet ke Asia Barat

-

TANGKAK: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui anak syarikatny­a, NAFAS Sialin Sdn Bhd berhasrat untuk memasarkan produk hiliran berasaskan burung walet ke Asia Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS Sialin, Datuk Sia Swee Seng berkata produk hiliran itu khususnya makanan kesihatan berpotensi besar di pasaran Asia barat dan mampu menjana pendapatan lumayan bernilai jutaan ringgit kepada pengusaha tempatan.

“Berbeza di China, pasaran Asia Barat kita akan tumpukan kepada produk hiliran seperti sup sarang burung segera yang dibotolkan dan kopi segera sarang burung walet,” katanya kepada pemberita selepas program lawatan media ke NAFAS Sialin, di sini baru-baru ini.

Menurutnya kualiti kebersihan sarang burung walet adalah aspek utama yang perlu dititikber­atkan bagi menembusi pasaran halal antarabang­sa terutamany­a di Asia Barat.

“Di NAFAS Sialin, kita menggunaka­n teknik profesiona­l dan teknologi canggih serta sistem pengurusan berkualiti termasuk penggunaan teknologi nano-bubble bagi menanggalk­an kotoran halus yang larut dalam air,” katanya.

Sia berkata industri sarang burung kini semakin popular dalam kalangan usahawan kerana tidak memerlukan kos tinggi iaitu sekitar RM25,000 sahaja bagi penyediaan premis bersaiz kecil dan hasil dapat dipungut dalam masa setahun.

Berhubung pasaran di China, Sia berkata: “Ketika ini, NAFAS Sialin menghasilk­an sebanyak 500 kilogram sarang burung walet bersih dengan jenama Peladang dieksport ke China sebulan dan berharga RM10,000 sekilogram di negara itu,”. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBERSIHKA­N: Sarang burung walet yang dihasilkan oleh Syarikat NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd dibersihka­n dengan teliti, di kilangnya di Tangkak, Johor, Tangkak.
— Gambar Bernama DIBERSIHKA­N: Sarang burung walet yang dihasilkan oleh Syarikat NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd dibersihka­n dengan teliti, di kilangnya di Tangkak, Johor, Tangkak.
 ?? — Gambar Bernama ?? LABEL GRED: Pekerja Syarikat NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd melabelkan gred hasil akhir sarang burung walet sebelum dibungkus, di kilangnya di Tangkak, Johor di Tangkak.
— Gambar Bernama LABEL GRED: Pekerja Syarikat NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd melabelkan gred hasil akhir sarang burung walet sebelum dibungkus, di kilangnya di Tangkak, Johor di Tangkak.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIKERINGKA­N: Pekerja Syarikat NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd mengeringk­an sarang burung walet selepas dibersihka­n, di kilangnya di Tangkak, Johor, Tangkak.
— Gambar Bernama DIKERINGKA­N: Pekerja Syarikat NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd mengeringk­an sarang burung walet selepas dibersihka­n, di kilangnya di Tangkak, Johor, Tangkak.
 ??  ?? SIA
SIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia