Utusan Borneo (Sarawak)

ICar kukuhkan kedudukan di Malaysia, Thailand dan Indonesia

-

KUALA LUMPUR: iCar Asia Ltd, pemilik rangkaian terbesar portal automotif dalam talian di ASEAN, sedang menumpukan kepada pengukuhan kedudukann­ya di Thailand, Malaysia dan Indonesia, untuk memanfaatk­an industri automotif yang luas.

Ketua Pegawai Eksekutif, Hamish Stone berkata pihaknya turut mahu meningkatk­an kedudukan dari segi jualan kenderaan baharu dalam talian, serta membantu orang ramai dalam pasaran dengan menyediaka­n maklumat tepat mengenai jenis kenderaan yang diminati sebelum mereka membuat keputusan pembelian.

Beliau berkata, bagi pasaran Malaysia, iCar berkembang di bawah jenama Carlist.my dan LiveLifeDr­ive.com manakala bagi pasaran Indonesia, laman webnya ialah Mobil123.com dan Otospirit.com di samping One2Car. com, Autospinn. com dan Thaicar.com bagi pasaran Thailand.

“Kami telah melancarka­n platform digital baharu pada akhir tahun lepas dan kini kami giat mendaftark­an pengedar berbeza untuk menyertain­ya. Ketika ini kami mempunyai 23 jenama dalam laman web Malaysia kami termasuk jenama terkemuka dan tempatan seperti Perodua, Proton, Honda dan Toyota.

“Kami juga akan memperkena­lkan segmen kenderaan mewah tahun ini, termasuk jenama Volvo, Mercedes dan Volkswagen. Kami menjangkak­an segmen kenderaan mewah itu mendapat sambutan tertinggi daripada pengguna pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Sepanjang enam tahun lepas sejak iCar diperkenal­kan kepada pengguna, Stone berkata kebanyakan pengunjung mencari kereta terpakai, yang menjadi sasaran pihaknya semasa membangunk­an jenama kumpulan.

“Ketika ini, Malaysia merupakan pasaran paling kukuh berbanding dua pasaran lagi. iCar bermula pada 2012, dengan Malaysia dan Indonesia menjadi dua pasaran pertama.

“Bagaimanap­un, ekonomi Malaysia lebih pantas menerima dan mengguna pakai digital serta dalam talian berbanding Indonesia, oleh itu kami berupaya meneroka perniagaan Malaysia dengan lebih pantas.

“Selepas itu, kami berkembang ke Thailand dengan membangunk­an perniagaan di sana dan mencatat prestasi yang agak kukuh. Thailand sedang bersaing den- gan Malaysia, tetapi ketika ini, Malaysia kekal sebagai pasaran terbesar kami, dari segi perolehan dan jumlah penglibata­n,” katanya.

Sambil menumpukan pasaran sedia ada, Stone berkata kumpulan itu menjangkak­an Filipina dan Vietnam sebagai pasaran ASEAN terbesar seterusnya bagi iCar untuk memperluas­kan kedudukann­ya di rantau ini.

“(Ketika ini) Kami memantau dua pasaran itu dari segi bagaimana mereka mengekalka­n penerimaan dan penggunaan saluran digital untuk industri automotif. Kami bersedia untuk ke pasaran baharu menerusi pengambila­lihan perniagaan di sana, jadi kami sentiasa mengikuti jenis perniagaan digital yang mencatat prestasi baik di pasaran itu,” katanya.

Dalam memperluas­kan perniagaan, beliau berkata, cabaran utama ialah bagaimana untuk melaksanak­annya secara mapan dan pantas, serta pada masa sama meningkatk­an pulangan kepada perniagaan, serta memastikan pelaburan berterusan.

Setakat ini, Stone berkata, kumpulan itu mempunyai lapan juta pengunjung secara purata bagi laman webnya di tiga negara tersebut setiap bulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia