Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat 19 jenis bantuan persekolah­an telah diperkenal kerajaan

-

KENINGAU: Kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM45.9 bilion setahun bagi perbelanja­an pengurusan dan pembanguna­n termasuk menyediaka­n bantuan persekolah­an kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata, secara purata setiap tahun kerajaan telah membelanja­kan sebanyak RM8,900 bagi setiap seorang murid.

Katanya, terdapat 19 jenis bantuan persekolah­an untuk murid telah diperkenal­kan oleh kerajaan contohnya seperti Bantuan Awal Persekolah­an, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM), Bantuan Makanan Asrama, Bantuan Perjalanan dan Pengangkut­an Murid dan banyak lagi.

“Justeru, ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan pihak sekolah dan memastikan anakanak mereka sentiasa hadir ke sekolah untuk mendapatka­n pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Back To School dan Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an Peringkat Daerah Kecil Sook, di SK Sinua di sini pada Sabtu.

Katanya, rakyat perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan segala bentuk bantuan yang telah diberikan itu.

“Gunakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya dan berbelanja mengikut keperluan.

“Saya juga telah berusaha meningkatk­an taraf pendidikan anak-anak kita khususnya di Parlimen Pensiangan ini antaranya dengan memberi penajaan akhbar Tutor selama empat tahun berturut-turut, pengambila­n pelajar angkat dan dermasiswa untuk melanjutka­n pelajaran ke universiti dan pelbagai lagi,” jelasnya.

Pada majlis itu, seramai 200 pelajar di Daerah Kecil Sook menerima bantuan berupa pakaian, beg, kasut dan alat tulis yang dianggarka­n berjumlah RM250 bagi setiap seorang hasil sumbangan Projek Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS) Malaysia Berhad dan seramai 100 ibu bapa menerima Bantuan Awal Persekolah­an berjumlah RM100.

Hadir sama Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad Mohd Nizam Ismail; Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Masly Wahip dan guru-guru besar sekolah Daerah Kecil Sook.

 ??  ?? BANTUAN KERAJAAN: Kurup menyarungk­an baju sekolah baharu kepada salah seorang pelajar yang layak menerima bantuan.
BANTUAN KERAJAAN: Kurup menyarungk­an baju sekolah baharu kepada salah seorang pelajar yang layak menerima bantuan.
 ??  ?? HARMONI: Raime merakamkan kenangan bersama murid-murid yang menerima angpau pada program itu.
HARMONI: Raime merakamkan kenangan bersama murid-murid yang menerima angpau pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia