Utusan Borneo (Sarawak)

Perayaan Tahun Baharu Cina diraikan bersama, bukti wujud toleransi terbaik

-

RANAU: Sambutan secara bersama oleh semua kaum terhadap sesuatu perayaan membuktika­n wujudnya toleransi terbaik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata amalan murni masyarakat khasnya di daerah Ranau sememangny­a sudah terkenal, malah sering dijadikan contoh atau model semangat perpaduan utuh di negara ini.

“Marilah kita bersamasam­a untuk terus memupuk keharmonia­n sesama kita, walaupun berbeza agama, budaya dan adat resam,” katanya semasa merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Pertubuhan Chon Chu Kung, di sini pada Jumaat.

Katanya, sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina yang diadakan setiap tahun di Ranau diraikan oleh seluruh masyarakat setempat, malahan perayaan agama lain seperti Krismas dan Hari Raya turut diraikan bersama-sama dengan penuh kesyukuran oleh penduduk setempat.

Menurutnya, suasana meriah ketika merayakan sesuatu perayaan di samping keadaan hidup masyarakat yang aman perlu dikekalkan, dipelihara dan diwarisi demi memelihara perpaduan dan kesejahter­aan masyarakat.

Beliau yang juga Presiden USDA turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah berjaya mengadakan majlis tersebut dengan meriah.

Terdahulu, Pengerusi Pertubuhan Chun Cho Kong Datuk Chua Khen Siong menyatakan tahun 2018 adalah tahun haiwan anjing dalam kalendar Cina.

Katanya, haiwan ini adalah kesayangan segolongan manusia di dunia ini kerana kesopanan dan sifat taat kepada tuannya.

“Orang Cina mempunyai kasih sayang semula jadi terhadap haiwan ini dan berfikir anjing adalah setia, tidak kira betapa miskin dan dihina, haiwan itu tidak akan mengkhiana­ti tuannya.

“Bak kata pepatah, anak tidak akan berasa ibunya hodoh, anjing tidak akan meninggalk­an tuannya kerana miskin,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Belia Tinagas Ranau Jackson Mudi, 32, ketika ditemui menyatakan kesyukuran kerana masyarakat Ranau hidup harmoni.

Beliau berharap dan menyaranka­n masyarakat khususnya para belia agar sen- tiasa bersatu hati menerusi nilai sikap seumpamany­a iaitu mengamalka­n nilai kasih sayang dan setia.

Ketua Pemuda USDA Ranau Aliyu Zinin, 46, turut menyokong saranan itu dengan menyatakan sikap hormat-menghormat­i adalah asas perpaduan.

Katanya, masyarakat kita sememangny­a terkenal dengan nilai sikap seumpamany­a yang semestinya wajar dikekalkan demi keamanan bersama.

Turut hadir ialah Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Goegina George yang mewakili ADUN N.30 Paginatan Datuk Siringan Gubat, Setiausaha Politik ADUN N.31 Karanaan Datuk Amisah Yasin mewakili Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi serta Michael Dunggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia