Utusan Borneo (Sarawak)

KKJA sokong usaha kerajaan sekat penyebaran berita palsu

-

KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) akan sentiasa menyokong undang-undang baharu yang digubal kerajaan dalam menyekat penyebaran berita palsu.

Pengerusi KKJA Yong Ted Phen berkata persatuan itu akan menyokong apa juga undang-undang yang diperkenal­kan bagi mengambil tindakan terhadap inividu yang didapati menyebarka­n berita palsu dalam laman media sosial dan Internet.

Beliau berkata, sesiapa yang melanggar undang-undang seharusnya dikenakan hukuman.

“Atas sebab itu sekiranya ada undang-undang baharu diperkenal­kan kerajaan, persatuan ini berharap ia tidak menyekat hak kebekasan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembaga­an. Undang-undang itu juga tidak harus menghalang masyarakat umum untuk mengetahui kebenaran,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina KKJA, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, perkembang­an pesat teknologi maklumat dan peningkata­n penggunaan media sosial memberi impak kepada media konvension­al.

Penggunaan media sosial yang begitu berleluasa memberi kesukaran kepada usaha menyatakan kebenaran sekiranya terdapat maklumat tidak sahih yang disebarkan.

“Pada masa inilah media arus perdana memainkan peranan. Kita bersaing dengan media sosial setiap hari bagi mengesahka­n sesuatu maklumat supaya pembaca mengetahui kesahihan maklumat mahupun berita yang disebarkan.

“Ia memperliha­tkan media arus perdana masih memainkan peranan penting sebagai medium penyampai berita sahih kepada masyarakat,” jelasnya.

Dalam majlis itu, Yong yang juga Ketua Pemberita See Hua Daily News melahirkan penghargaa­n atas kesudian kerajaan negeri menyumbang­kan RM20,000 kepada persatuan itu.

Sumbangan akan digunakan untuk melaksanak­an aktiviti-aktiviti yang membantu meningkatk­an kerjasama pengamal media di negeri ini.

Selain sambutan Tahun Baharu Cina, KKJA turut mengadakan acara tahunan seperti Hari Keluarga dan Anugerah Pelajar Cemerlang serta Malam Media KKJA.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Raymond Tan menyampaik­an replika cek bernilai RM20,000 kepada Yong, sambil disaksikan oleh pengerusi penganjur Jimmy Goh serta barisan Ahli Jawatankua­sa KKJA yang lain.
TERIMA KASIH: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Raymond Tan menyampaik­an replika cek bernilai RM20,000 kepada Yong, sambil disaksikan oleh pengerusi penganjur Jimmy Goh serta barisan Ahli Jawatankua­sa KKJA yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia